Saturday, 4 November 2017

review: chriszen O2 bubble cleansing gel


Lately, semangat aku nak review product berkobar-kobar semacam. Nak kata pembawakan mengandung, aku tak mengandung pun. Haha! Harap-harap bergunalah untuk kau orang kat luar sana yang suka research dan baca pasal product review sebelum decide untuk beli dan guna sesuatu produk tu. 

Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel ni aku baru cuba sekali. Memang tak patut untuk aku review, actually. Tapi tak sabar nak share sebab kesan dia kat kulit muka aku tersangatlah cepat, tak perlu tunggu berminggu-minggu or berbulan-bulan. Aku decide nak try produk ni sebab aku rasa current skincare yang aku guna (Good Virtue Co) macam tak berapa berjaya menghilangkan kusam kat muka. Aku takda masalah jerawat yang kritikal. Sesekali kalau datang bulan tu barulah naik jerawat. Itu pun seketul dua je dan kecil. Bukan the whole face. Tapi, masalah kulit kusam yang aku alami macam tak berkesudahan.  

Memandangkan aku ni bukan jenis penyabar orangnya, aku keep on survey produk yang boleh hilangkan kusam. Apa hal aku sibuk sangat nak cari produk untuk hilangkan kusam? The reason is, kulit badan aku jauhhh lebih cerah daripada kulit muka. Perempuan zaman sekarang ramai yang putih tang muka tapi kaki dan tangan dia orang gelap. Aku pulak terbalik. Awal-awal dulu aku fikir positif je sebab bahagian muka kan terdedah. Memang selalulah kena sinaran matahari dan sunburn. Lama-kelamaan macam menjadi-jadi pulak tone warna kulit muka aku. Kusam teruk! Pakai apa pun tak jalan. 

Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel ni tak claim pun boleh hilangkan kusam kat muka. Tapi aku nak rasa sendiri efek oksigen terapi yang digembar-gemburkan tu. Manalah tahu dengan cara tu dapat kurangkan kusam. Aku bukannya nak kulit putih melepak sangat macam Adira AF atau Eina Azman. Cukuplah sekadar warna kulit muka tu tak jauh beza dengan kulit badan aku yang kuning langsat tu. 

Most of the product yang aku guna tak nampak kesan bila baru guna sekali. Yang ni miracle betul. Lepas apply in few minutes dan bilas dengan air paip biasa, muka aku jadi cerah dan rasa bersih seolah-olah segala daki makeup kat kulit tu dihakis keluar. Sekaligus, kurang sikit kusam kat muka aku. Itu positive part. Negative part pulak, kulit jadi kering sangat lepas guna even though baru sekali application. Acane tu?

So, hasil eksperimen kat kulit sendiri, aku dapat simpulkan that this product is not really suitable for my skin and not that wasteful either. Memandangkan kulit muka jadi kering teruk sampai minyak semulajadi kat muka pun hilang terus, aku plan untuk guna produk ni sebagai makeup remover only. Sapu je, tunggu sampai proses oksigen terapi tu 'korek' keluar kekotoran kat pori-pori sampai bubble berhenti form and then bilas dengan air bersih-bersih. Lepas tu pandai-pandailah nak lembabkan muka guna pelembab muka lain pulak. Since ia mengeringkan kulit, aku just guna air paip biasa untuk bilas. Kalau guna air suam, kulit rasa tak fresh dan makin kering. Kulit aku jenis combination. Kering + berminyak. So, aku memang suka bereksperimen dan pelbagaikan penggunaan sesuatu produk. Kalau tak berkesan kat muka, aku takkan terus buang atau stop using it. Paling tidak pun aku akan gunakan kat kaki. Haha! Kedekut weh! (Tak nak membazir sebenarnya)

Sedikit info yang Chriszen claim tentang O2 Bubble Cleansing Gel ni:

8 in 1 
1. Deep cleansing - YES. Tak perlu guna makeup remover berasingan, muka bersih macam baru lepas lap dengan makeup remover dan cuci dengan pencuci muka. 
2. Make up remover - YES. Sangat jimat untuk penggunaan long-term sebab bertindak sebagai pembersih makeup as well as pencuci muka. 
3. Cooling - NO. Tapi rasa pedih-pedih sikit waktu sapu kat kulit. Mungkin sebab lemon extract yang ada dalam ingredients dia.
4. Pore tightening - YES.
5. Brightening - YES. Instantly!
6. Oxygen therapy - YES. Yang ni paling cool. Rasa macam buat facial kat spa. 
7. Moisturizing - NO. Have to use moisturizer or something untuk lembabkan balik kulit kering.
8. Anti-wrinkle - NO. Since cleansing gel ni mengeringkan kulit, ia tak bertindak sebagai anti-wrinkle untuk aku. 

However, tak semestinya kulit muka aku kering bila guna produk ni, kulit muka orang lain pun kering. Jenis kulit kita tak sama. Make sure kau orang faham jenis kulit sendiri sebelum mencuba. Siapa yang berkulit kering macam aku mungkin tak berapa sesuai. Kalau nak try juga jangan salahkan review aku ni. Akak tak jamin ye dik non..

Aku beli ni kat Guardian dengan harga RM30/70ml. Selalunya bila survey kat review orang lain harga dia tak semurah ni. Mungkin ada promotion kot. Atau memang aku tak update sangat bab harga dan ml produk ni. Haha! Honestly, ini adalah produk Made in Korea yang kedua aku pakai selepas Galactomyces 100% Ferment Filtrate Natural Yeast. Produk tu aku beli je tapi jarang guna. So, aku tak review lagi. Nak tahu full ingredients of Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel, bolehlah cuci-cuci mata kat mana-mana farmasi yang ada jual produk ni atau Google saje kalau malas. Aku malas. Sebab tu tak taip balik ingredients dia satu persatu. Plus, copy and paste dari page orang lain is not my style. Sangat biadap dan tak genuine. Huhu. Till the next review.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. Lepas tu masalah kulit kusam settle ke?
    Emm.. Parut jerawat boleh hilang x?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sis beli kan mana? Drugstore ada tk?

    ReplyDelete
  4. terima kasih membantu sgt info ni.

    ni pula tips dari saya:
    1) nk tahu cristzen yg ori check dkt scanning bar code tu ada tulisan CZ trsembunyi
    2) beli product ni dkt kdai jamu jamu lbih murah, ada diskaun brbanding dkt watson harga tetap
    3)nk beli apa2 product review dulu tips dari blog

    so, siapa yg dh cantik tapi tak ada "sijil kawin", maka jom "kursus kahwin" dgn kami, hubungi 03-2698 4496 atau wasap 019-643 3355

    ReplyDelete