Monday, 30 October 2017

review: imaan slimming fruitea daily detox

Lama tak buat product review. Banyak produk tried and tested cuma tak berkesempatan nak share. Anyway, ini kali nak review pasal detox tea. Kat market macam-macam jenis detox tea ada. Sesuai atau tak je dengan penerimaan badan masing-masing. Terus terang, aku memang tak suka consume detox tea sebab aku ni sejenis yang tak konsisten. Mula-mula terlupa lepas tu terus jadi malas. Selain tu, detox tea tak boleh letak gula. For sure rasa dia yang tak berapa sedap tu buat aku rasa geli-geleman nak telan. Kalau letak gula, cemana nak berkesan. Ye dok?

Since umur dah menjangkau 30-an dan aku pun perasan berat badan makin bertambah dari hari ke hari (padahal baru beranak sorang), tetiba tersedar sendiri untuk jaga pemakanan dan consume produk-produk yang boleh tolong turunkan berat badan. Just like skincare, aku sangat-sangat mementingkan ingredient dalam any supplement yang aku akan makan atau minum sebab tak nak di masa akan datang timbul penyakit lain yang pelik-pelik pulok. Serammm!

So, sebagai permulaan dalam proses menurunkan berat badan, aku decide untuk consume detox tea walaupun hakikatnya aku tak berapa suka. Simple. Tak serabut. Tuang air panas pastu dah kembang dan suam sikit boleh terus minum. Kalau jenis tablet jauh sekali aku nak makan sebab aku memang bermasalah untuk telan-telan pil ni. Rasa macam tercekik something. Even though sekadar makan panadol. Haha!

Fikir punya fikir, pilih punya pilih, akhirnya aku pilih detox tea kat bawah ni sebagai langkah awal dalam proses nak turunkan berat badan (kononnya). Almost one month aku consume tapi tak nampak tanda-tanda berat badan aku menurun. Huhu..


Dipendekkan cerita, berat badan tak turun bukan sebab tea ni tak sesuai. Minum banyak kali pun takda masalah pun kat aku sebenarnya. Cuma kesannya kat badan aku berbeza. Orang lain minum mungkin boleh susut kalau dia orang disiplin and konsisten. Aku ambil secara konsisten pun tetap susah nak susut. TAPI, tea ni serasi kat aku dari aspek pembuangan toksin dalam badan. Tiap kali pekena secawan, aku akan rasa nak buang air kecil secara kerap. Urine tu pulak macam oily sikit, bukan macam urine biasa. Siap berbuih-buih gitu. Haa..janganlah geli pulak bila baca review aku ni. Dah nama pun review, aku share pengalaman diri sendirilah. At least kau orang tak adalah terkejut beruk bila nampak kencing sendiri kat lubang jamban tu lepas minum tea ni. 

Kesan pada urine ni tak lama. Sekali atau dua kali membuang, lepas tu dah tak ada minyak-minyak and buih-buih toksin tu. Mungkin bergantung pada diri setiap individu juga kot. Kalau kau memang jenis menjaga kesihatan dan pemakanan, tak adalah kesan yang sebegitu kat urine kau orang. Aku sejenis cincai. Makan pun tak berpantang, malas bersenam. So, aku rasa kesihatan dalaman aku memang tak berapa cantik hingga boleh mengeluarkan toksin dengan sangat mudah melalui urine. 

Rasa tea ni tak adalah teruk sangat sebab dibuat menggunakan natural ingredients iaitu daripada buah soursop, mulberry, passionfruit and candle bush. Lepas bancuh tu memang wangi je bau empat jenis fruits tu dan boleh menaikkan selera nak minum walaupun hakikatnya tea ni tawar je tak rasa apa-apa. One more thing, aku kalau dah minum tea ni tekak akan rasa kering semacam. Ala-ala exhausted gitu. Orang lain aku tak pasti. Makanya, aku akan minum plain water banyak-banyak lepas consume dan jalankan rutin harian macam biasa. As simple as that. Even though payah nak kurus, aku fikir positif jelah. Toksin keluar, badan sihat. Done!

No comments:

Post a Comment