Menjadi seorang ibu memerlukan aku bergerak dan bersiap pantas setiap kali nak keluar ke mana-mana. Aku akan rasa sangat teruk bila anak dan laki aku siap awal dari aku, lepas tu dia orang tunggu aku bersiap dalam kereta. Orang lain mungkin ok je tapi tidak bagi aku. Bila situasi tu berlaku, aku rasa sangat tertekan. Haha ! Usually time nak pakai tudung je yang lambat sebab ambil masa lama untuk lilit-lilit. At the end, tudung tu tetap tak menjadi seperti apa yang aku harapkan bila dah keluar dan sampai ke destinasi yang dituju. Yes, memang sia-sia. Banyak masa aku terbuang depan cermin untuk lilit tudung semata-mata padahal kesudahannya menghampakan.
Even though fesyen tudung sekarang dah maju dan trendy, aku anggap penggunaan tudung sarung yang ramai perempuan muda tak minat iaitu tudung awning atau kata lainnya, tudung 'mak-mak' and 'makcik-makcik' masih relevan. Tak style kata kau ? Lantak ! Mungkin yang bergaya sakan dengan fesyen dan style tudung ala-ala perempuan Arab tu dia ada maid yang tolong tengok dan jaga anak time bersiap. Mungkin laki dia memang skema sanggup menunggu lama sambil layan anak. Mungkin dia memang pro bab lilit-melilit shawl. Mungkin masa bukan priority dia sedangkan aku memang tak suka bazir masa. Seboleh-boleh memang nak siap laju-laju, lepas tu dapat buat urusan lain. Oleh itu, aku nak share sikit beberapa website yang ada jual tudung sarung atau tudung awning makcik-makcik bak kata kau orang tu hah.. Semoga bermanfaat kepada mak-mak orang yang sentiasa nak cepat especially sekadar nak pergi pasar, rumah mertua, siram pokok luar rumah, sidai pakaian kat ampaian dan aktiviti-aktiviti sewaktu dengannya.
1. Fana Couture
2. Qaira Hijab
3. Airissh
No comments:
Post a Comment