Sebelum ni aku pernah review pasal Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel dan kulit muka aku kering lepas guna pembersih muka tu. Sebelum tu juga aku ada share pasal masalah jerawat dan skincare Safi Sari Gamat yang aku guna untuk hilangkan jerawat, seterusnya bertukar kepada skincare jenama Good Virtues Co. (GVC). Tapi belum pernah review sebab kesannya lambat sangat sampai tak sure berkesan ke tak sebenarnya kat kulit aku. Rasanya macam tak ada perubahan. LOL. Now, aku pun dah bertukar guna skincare lain, baru terasa nak share pengalaman guna skincare GVC ni.
Brightening Facial Cleanser |
Brightening Facial Scrub |
Purifying Makeup Remover |
Brightening Facial Toner, Brightening Day Cream, Brightening Night Cream, Brightening CC Cream |
Honestly, selain packaging yang menarik dan colorful, aku guna skincare GVC sebab nak cerahkan kulit. Kulit putih tak semestinya cantik. Ye, aku biasa dengar statement ni even though dari kawan-kawan terdekat. Actually, aku nak cerahkan kulit sebab nak bagi sekata dengan tona kulit badan je uols. Haha. Bukannya aku benci kulit gelap. Kulit gelap kalau bersih dan takda skin problem dah semestinya aku suka juga. Aku dilahirkan dengan kulit yang cerah. Makin dewasa, kulit jadi gelap and kusam especially bahagian muka. Maklumlah, terdedah sana sini. So, rasa tak best. Maka, aku pun beli dan cuba brightening set brand GVC setelah mencuba bermacam-macam jenis produk sebelum ni. Makeup remover, pencuci muka, scrub, toner, day cream, night cream and CC cream. Complete set aku beli! Ko rasa?
Walaupun belum tentu serasi dengan kulit, aku tetap beli full set sebab selama ni aku cuma tekankan part pembersihan muka. Penjagaan selepas membersihkan muka tu aku tak take serious. Mungkin sebab tu kulit aku tak mencapai piawaian yang aku inginkan. Hihi. Sampailah satu masa aku rasa natural moisture kat kulit aku langsung takda except kat t-zone, waktu tu menggelabah aku research and survey produk lain untuk selamatkan balik kulit yang sensitif ni. Why aku kata sensitif? Dulu kulit muka jenis berminyak. Lepas guna skincare for oily skin, kulit jadi separuh berminyak, separuh kering dan kusam pulak. Erti kata lain, combination skin. Personally, combination skin susah nak jaga. Aku sendiri pun confused either nak beli skincare untuk oily skin, dry skin or kedua-dua sekali. Seriously confusing. Lama-kelamaan kulit pun jadi sensitif. Pedih, panas, menggelupas dan macam-macam hal!
Produk GVC dah lama ada jual kat Watsons. Tak pernah rasa nak try until aku research kat website dia and baca beauty blog. Rupanya GVC ni made in Malaysia. Main ingredient dia habbatus sauda. Bermula dari situ aku rasa positif nak try brightening series dia dan betul-betul serius nak jaga muka secara konsisten. Almost 2-month aku guna, tak banyak improvement. Satu yang aku sangat sure, kulit muka aku akan cerah selepas cuci muka dan tepek krim-krim dia. Itupun makan masa. Nak dekat dua bulan baru nampak beza. Dua bulan beb. Bila berpeluh, the skin come back to normal. Menggelap. So, aku assume tak sesuai dengan skin aku kerana kesannya tak seperti yang diharapkan. However, aku masih teruskan pakai sebab belum decide nak tukar produk apa as well as kulit pun tak naik jerawat. After quite some time, GVC ni semakin mengeringkan kulit. Produk memutihkan kulit mostly akan gelupaskan sel kulit mati untuk pertumbuhan kulit baru yang lebih baik. Tapi terpaksa bertahan sebab proses ni boleh menipiskan kulit tanpa disedari. Bila kulit dah nipis, terasa pedih dan panas bila apply make-up. Stress sangat!
Aku stop guna GVC beberapa hari sebelum bertukar ke skincare lain. Sepanjang few days 'rehatkan' muka tu, aku cuma basuh muka pakai hirisan lemon dan bilas dengan air paip biasa. Pakai lemon pedih sikit. Aku buat-buat gigih je tenyeh lemon tu kat muka asalkan kulit tak kering secara drastik. Pening sungguh perjalanan aku dalam mendapatkan kulit muka yang diidamkan. Wahahaha! Terpaksa beli dan cuba macam-macam produk sampai jumpa yang betul-betul serasi dan tepat untuk kulit. GVC ni aku sempat beli dua kali kat official website dia. Again, full set. Tapi apakan daya, jodoh tak lama. Huhu..
Orang lain guna mungkin sesuai tapi tidak bagi aku selepas sebulan lebih nak dekat dua bulan penggunaan macam tu. Horrible muka aku! Although tak serasi, GVC ni tetap ada sedikit kelebihan which is muka akan rasa sentiasa bersih walaupun kurang lembapan. Sayangnya, bersih saja tak cukup kalau tak ada lapisan perlindungan. So, yeah. Thanks a lot kerana berkhidmat dengan 'okay' sepanjang sebulan pertama penggunaan. Sudahnya terpaksa ditinggalkan. Sobs.
Thanks for review, saya ambil reviewnya sahaja lain tiada .
ReplyDelete1st time dengar pasal GVC ni. tak sangka produk keluaran malaysian. bukan senang nak cari skincare yang memang selamat, confirm berkesan dan confirm jadi elok ni. biasa memang kene try test.
ReplyDeletei just use GVC in one day..and it works on me! jerawat i kecut bgun² pgy ni and face nmpk glowing
DeleteNk tau selamat x utk ibu hamil
ReplyDeleteBaru nak try GVC punya night cream. Sebab jenis kukit sensitif jugak. So far serasi dengan Youth yg shaklee punyaaa sajee
ReplyDeletebtw bru semalam beli toner spray ni.. asal nmpk glowing n bright je cnfirm akn cuba beli tp tgok review org jgk. kdg org lain pkai ok tp kt kulit sndri x ok.. pastu nk slhkn produk? mmg xkn la, sbb kulit org lain2.. pd akk yg kulit sensitif ni, what if try pencuci muka himalaya neem tu,, sgt2 ok, muka bermyk n brjerwt sgt2 galakkn.. sy jnis kulit muka yg snsitif, pkai la pe pn smua xmnjd, smpai la rasa nk try neem tu.. then wallah, best n happy, lps muka dh ok skit boleh dh try produk nk cerahkn ke pe sbb kulit dh xoily n berjerwat.. lps himalaya sy btukar pkai eucerin yg foam tu.. mhl skit tp berbaloi la sbb bila cuci muka rasa muka bebas dri sgala kotoran, pendek kata dlm pori tu bersih la, hbis adik bradik smua trjebak lps cuba.. then, stu lg.. lps bsuh muka n cucui muka pling penting jgn tinggal moistrizer n serum,, tu je,.
ReplyDeleteterima kasih buat review produk ni. baru nak try GVC ni tau.. :-)
ReplyDeleteI guna scrubs dia je...jerawat wuhuhhh meriah..laki bini pakai..naik....😂😂😂
ReplyDeleteBetul,sesetengah produk yang ada brightening formula akan keringkan kulit especially bagi skin yang tak cukup lembap.sebab tu pemilihan skincare bagusnya dapat kan consultation.dan pengunaan hirisan lemon pada skin yang sedang kering dan pedih memang tak boleh.ia agak berasid.bila skincare yang dipakai menjadikan skin kita makin kering ia ade bleaching effect sebenanrnya.oleh tu penting sangat untuk kita tau jenis kulit dan keaadaan kulit kita sebelum memilih produk yang sesuai
ReplyDeleteYaa saya setuju ni.. nak rehatkan kulit tak boleh laa pakai lemon sebab dia acidic.. lagi terhakis kulit.. saya baru nak try ni.. tu pun sebab akak saya bagi.. dia rasa tak ok.. night cream je laa.. sebelum2 saya pakai Nurish.. agak best tapi harga dia agak mahal.. tu yang drastik tukar ke produk lain..
Deletesesiapa yg tgh mencari2 produk yg berkesan..cuba try zaffy.co insyallah berkesan..organik/ada kkm/boleh bawak solat serum dia.. muka sy breakout / sensetif alhamdullillah dah baik..
ReplyDeleteNa cuba laaa
ReplyDelete