Saturday, 4 December 2021

sihir is real

Edited version


[This post is wayyy too long. If you're not an avid reader and jenis tak percaya sihir boleh terjadi di zaman moden, you better leave this site coz it might not benefited you in any way. I guess.]


Alhamdulillah. Saat aku menaip posting ni, aku masih dikurnia kesihatan yang baik sedangkan dah seminggu lebih aku jaga anak-anak yang tak sihat. Terima kasih, Allah. Tak tahu kenapa, rasa terpanggil nak share pengalaman aku terkena buatan orang. Bukan nak buka aib sendiri tapi nak create awareness kat sesiapa saja yang terbaca post ni. Mungkin juga situasi ni masih fresh.

Long story short, aku dan suami terkena buatan orang bermula tahun lepas, tahun 2020. Actually, kami sendiri tak sure bila benda tu start dan mula 'meresap' kat kami. Mengikut perawat-perawat yang kami jumpa untuk berubat, orang yang buat tu start hantar benda-benda syirik kat kami seawal bulan Januari/Februari tahun lepas. Lebih kuranglah. Menurut perawat-perawat tu lagi, kami terkena sihir pemisah, sihir pengasih dan sihir santau yang dihantar oleh somebody from tempat kerja husband aku. Perawat-perawat dan ustaz-ustaz ni dapat detect melalui simptom yang ada kat kami mengikut pengalaman mereka mengubat orang juga. Bukan suka-suka diagnose.

Ada perawat yang dah tetapkan bayaran, ada perawat yang terima bayaran seikhlas hati untuk 'buang' sihir-sihir tu semua and so on. Kami notice hal ni a bit late. So, agak rush jumpa perawat dan ustaz sana sini for treatment since condition kami boleh tahan teruk sampai nak bercerai-berai. Can you imagine? Ni bukan kali pertama aku terkena sihir. Dulu sebelum kahwin pun aku dan ex-boyfriend pernah terkena buatan orang juga. 

Tu kisah lama. Tak kahwin pun dengan lelaki tu. So, life move on. Kecewa yang meaningless. Yang aku kena kali kedua ni sungguh menyakitkan hati dan sengsara sebab dah berkeluarga. Lagi stress, aku notice something tak kena waktu aku dalam pantang anak kedua. Bayangkanlah. Mungkin individu yang buat tu nak bagi aku gila meroyan sebab baru lepas bersalin kan. Nak cerita satu persatu apa yang berlaku terlalulah panjang. Aku petik mana yang penting sajalah. On the same time, aku tak nak buka aib orang yang dah buat jahat kat kami. Tak dinafikan memang perit hidup aku sepanjang kena sihir. Bahagian aku lebih kepada sakit-sakit fizikal (santau angin). Husband aku lebih kepada gangguan fikiran. To be exact, angau kat perempuan yang tak pernah husband aku tahu pun kewujudan dia dalam bangunan tempat kerja tu separuh mati sampai lupa wife dan anak-anak. Bila orang yang buat tu tahu kami berubat, dia topup lagi dan begitulah seterusnya. Waktu inilah kemuncaknya. Aku makan banyak macam mana pun tetap tinggal tulang je. Husband aku pun sama. Kurus teruk macam orang hisap dadah. Biasanya yang terkena buatan orang ni memang akan kurus sebab ada 'benda' dalam badan. Ditambah pula dengan makan hati, bertambahlah susut berat badan. 

Sampai satu tahap, aku give up nak berubat. Mujurlah seburuk-buruk aku masih ada iman untuk tak membalas syirik dengan syirik. Get me? Aku serahkan bulat-bulat kat Allah. Macam mana Allah nak balas or macam mana orang tu terima kifarah mereka dan sebagainya, aku pun tak tahu. Kalau nasib baik, Allah akan tunjuk. Kalau tak, doa aku tiap-tiap hari masih sama which is nak Allah tunjukkan siapa individu-individu yang aniaya kami laki bini dan jadikan hidup mereka sama teruk atau lebih teruk lagi daripada apa yang mereka dah well-planned untuk kami.  Aku pernah terbaca, ada seseorang share tentang ceramah yang dia dengar daripada seorang ustaz. Menurut ustaz tu, kalau Allah nak makbulkan doa kita, Dia akan buat kita berdoa minta benda yang sama berkali-kali tanpa jemu. Waktu tengah kritikal kena sihir tahun lepas, aku nampak macam tak ada harapan je rumahtangga aku nak pulih. Tapi, as muslim, aku berpegang teguh dan percaya dengan yakin bahawa doa orang teraniaya tiada hijab. Setiap kali solat aku doa dan minta perkara yang sama. Alhamdulillah, semua back to normal. Dengan izinNya juga. Because, I know my husband very well. Seteruk-teruk dia, family is priority. Kalau bergaduh dengan aku pasal hal-hal remeh pun, dengan anak mesti dia gomol-gomol, peluk cium, gurau-gurau. Kali ni karakter dia memang di luar kebiasaan. Terasa macam aku hidup dengan 'orang lain' dalam rumah every single day sepanjang hal ni berlaku.

Up to this day, aku sangat yakin that one fine day Allah akan makbulkan doa aku untuk lihat wajah-wajah individu yang sihir kami laki bini. Macam mana caranya, terpulanglah kat Dia nak tunjukkan dengan cara apa. Nampak dalam mimpi ke, terserempak kat pasar malam ke, terlanggar bahu kat mana-mana ke. We never know. Sejak kena sihir, lama juga aku doa benda yang sama. Kebelakangan ni macam ada sikit hint melalui mimpi. Semoga Allah makbulkan doa insan teraniya macam aku. Sebenarnya kami dah boleh agak siapa pelakunya. It's just that, sihir ni bukannya ada black and white. Kalau kami kata sipolan yang buat, apa bukti yang kami ada nak menunjukkan sipolan tu sihir kami walaupun situasi betul-betul berat ke arah dia? Nothing. Even though waktu aku berubat ada 2 nama yang 'benda' tu sebut masa sesi berdialog dengan jin tu, I can prove nothing. Kami dapat rekod video waktu sesi berdialog dengan jin dan jin tu sebut nama orang yang sama berkali-kali. The thing is, argue pun tak guna. That individual, of course, would deny it. I've already asked her. So, it's all up to Allah to lend His helping hand.

One thing for sure, never ever judge a book by its cover. Same goes to human. I know this statement is not valid to all human being sebab tak semua orang jahat. But, kalau nasib you all tak baik macam I and terkena buatan orang (seteruk-teruk penganiayaan dan kezaliman), for sure you'll think the same. 

Sampai saat ni aku tak sure those individuals masih hantar gangguan spiritual lagi kat kami atau tak. Kalau ada, aku redha je. Tak rasa apa dah sebab Allah ada. Allah tak tidur. Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dia izinkan perkara syirik tu berlaku tak bermakna Dia akan terus izinkan si pelaku terus-terusan ambil kesempatan untuk aniaya dan zalimi orang lain. It's all about time. Takkan Dia nak tengok hambaNya bergelumang dengan dosa seumur hidup. Lagi-lagi dosa syirik. Of course, not. Akan tiba masanya Dia akan bagi peringatan ke atas setiap perbuatan hambaNya. Untuk apa? Untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kalau tak nak berubah juga, bersedialah with what His got for you in store. Berubah pun bukan sekadar stop doing it. It's more that that. Kena bertaubat, minta ampun dengan Allah, berhenti serta-merta daripada ulang dosa yang sama dan paling penting, kemaafan daripada orang yang dianiaya/dizalimi. Allah boleh ampunkan dosa kita, sesama manusia belum tentu. 

Since doa orang-orang yang teraniaya tiada hijab, what makes these people yang suka main bomoh, ilmu hitam and so forth ni boleh teruskan kehidupan harian dia orang dengan selamba setiap hari like nothing happen? They act like, nothing will harm them sedangkan orang yang mereka aniaya secara halus tanpa dilihat manusia lain ni hari-hari doa dan mengadu kat Allah. Allah, indeed, the best Planner. Time will tell.

No comments:

Post a Comment