Hi, there. Harap kau orang tak bosan baca kisah sihir aku. My pure intention on sharing this is, nak you all take extra precautious if you noticed something weird on yourself or beloved people around you. I pernah kena, I don't want this kind of shit harm more people in the future.
Sihir ni kat mana bahaya dia? Bahaya dia bila tukang sihir baca mantera dan tujukan kat target on 12hb for example, bukan 12hb tu juga dia terus menjadi. Makan masa. Mungkin sehari dua, seminggu atau sebulan baru sihir tu betul-betul 'melekat' or 'meresap' pada mangsa. Macam kami laki bini, orang tu hantar sekitar Januari/Februari 2020. Tapi, sihir tu betul-betul menjadi waktu bulan April 2020. Makan masa, kan? Tapi itulah, bukan senang nak bersedia sebab ilmu hitam ni tak ada hint. Kalau ada pun mungkin benda tu dah berjalan untuk satu tempoh masa bila kau nampak kelibat dalam rumah ke atau lain-lain petanda.
Each and everyone yang terkena sihir simptom dia berbeza-beza. Depends on what kind of sihir you kena. For me yang terkena sihir pemisah dan pengasih, hubungan laki bini tu memang ke laut dalam perginya. Aku baru beranak tahu tak. Kami laki bini takda strong reason untuk cari pasal dan bergaduh. Nak sambut 2nd baby, mestilah happy and excited. Yang jadi, sebaliknya. Everything went well sampailah satu tempoh masa tu aku notice husband aku 'panas' bila duduk rumah. Masa ni aku masih dalam pantang. Husband asyik nak keluar. Bila kerap nak keluar rumah, macam-macam alasan bodoh dia bagi supaya aku tak syak apa-apa. Anak kedua yang baru lahir pun husband aku tak hirau. Jauh beza layanan dia berbanding our 1st child dulu. That situation made me sad. Aku ingat dia beza-bezakan anak. Rupanya fikiran dah kena 'control' with 'something'. No wonder.
Another symptom, husband aku jadi baran tak bertempat. Hari-hari marah and nak mengamuk kat aku padahal aku tak buat salah apa-apa. Tell me, macam mana nak buat salah kalau bercakap pun tidak? Sejak perangai husband aku jadi weird, aku memang stop bercakap dengan dia serta-merta kecuali hal penting. Day-by-day, no communication. Bila dia balik kerja, dia asingkan diri dalam bilik. So do I. Haha boleh bayang tak? Bila dah jadi macam tu, our life getting hambarlah. Pulak tu masing-masing dah kena 'control' dengan ilmu hitam ni semua, memang mudah je mulut ni nak cakap bukan-bukan without proper thinking. Aku notice awal and cuba tanya ustaz sana sini. Most of the ustaz yang aku tanya cakap benda yang sama which is, "ada orang kat tempat kerja buat". The interesting part, dua orang pulak tu. Bersekongkol.
Lain-lain simptom malas aku nak cerita. Kita bukan hidup di zaman kuno. Sesiapa pun mesti dah boleh agak. Banyak je blog lain yang share simptom-simptom orang terkena sihir pemisah, pengasih. The problem is, zaman dah tak kuno. Manusia pulak yang makin menjadi-jadi kunonya, sampai sanggup minta bantuan jin/syaitan to fulfil their nafsu. Yang ada saka tu jangan cakaplah. Guna saka untuk kepentingan peribadi, aniaya orang sana sini sesuka hati. That's why, saka tu bukan something yang baik. Mula-mula you anggap saka baik sebab tolong tuan, jaga tuan. Lama-lama that thing akan cenderung rosakkan manusia since benda tu kan jin. Makan diri to be exact. Sebab tu kebanyakan ustaz atau ustazah galakkan anybody yang bela saka atau ada saka tanpa disedari cepat-cepat buang benda tu. Tak ada faedah.
Tu serba sikit experience aku. Rasanya bukan aku dan husband je yang kena. Sebelum ni ada staff tempat kerja husband aku pun terkena juga. Bukan Malay but Indian. Yang tu lain pulak. Bleeding non-stop, fibroid sebesar bola sepak. Berubat pun dengan Malay ustaz. So, kami laki bini assume orang yang sama juga agaknya aniaya that Indian staff. Melainkan, ada berpuluh-puluh staff kat organisasi tu yang mengamalkan ilmu hitam ni. Wallahua'lam. Kalau kau orang jenis tak percaya pasal sihir, mesti kau orang tak tahu yang orang terkena sihir ni (especially perempuan) akan kerap rasa sakit kat bahagian perut (bahagian peranakkan). Biasanya yang kacau perut ni sihir pemisah sebab orang yang buat tu nak bagi kita bermasalah kat bahagian peranakkan, tak boleh mengandung dan sebagainya sampai husband you fedup dan nak ceraikan you. Lagi lama dibiarkan tak pergi berubat, it will lead to cancer.
Haih, entahlah. Geram dengan manusia-manusia macam ni sampai aku berharap sangat orang-orang yang aniaya aku dan husband dengan sihir, saka, santau dan lain-lain gangguan spiritual tu mati kena gilis lori. Betul. Berkali-kali mulut aku cakap benda ni waktu tengah lalui hari-hari yang sukar time kena sihir sepanjang tahun lepas. Aku bukan sejenis manusia yang suka tengok orang lain seksa, sengsara. Tapi, bila orang yang aku tak pernah kenal dan tak pernah ada kaitan dengan aku tiba-tiba muncul lepas tu kacau hidup aku and family, as normal human being dah tentulah macam-macam aku harap terjadi kat orang tu. Aku harap dia stop buat kami, aku harap dia dapat balasan setimpal malah lebih teruk lebih bagus, aku harap dia bla bla bla tak ada penghujung.
I really wish, anyone of you yang rasa pelik dengan diri you or pasangan, ada penyakit yang tak sembuh-sembuh setelah sekian lama ulang-alik hospital, pergilah scan diri kat mana-mana pusat rawatan Islam. Seriously saying. Jangan tangguh-tangguh. Dah terlambat nanti payah. And again, please be careful dengan orang-orang di sekeliling kita. Especially jenis yang damn toooo nice. Orang kasar, mulut celupar, garang ke apa semua tu sah-sah kita tahu tahap jahat dia sejauh mana. Kalau orang jenis ni buat apa-apa onar kita tak adalah terkejut sangat. Probably hati mereka tak sampai pun nak buat jahat kat orang. But, yang terlalu baik tu kita kena hati-hati sebab tak boleh nak detect diri sebenar dia macam mana. Wallahua'lam. I tell this and that ikut pengalaman sendiri, bukan suka-suka buat cerita nak menakutkan orang. You nilailah sendiri. I just can't push people to believe but I know I have some input to make you people terbuka hati untuk berfikir. Till next post.
No comments:
Post a Comment