Sunday, 12 December 2021

sihir is real (part 3)

Hello. Again, it's about sihir. To be honest, aku malas nak taip panjang-panjang. For the sake of other people, aku tetap nak share whatever input yang aku tahu dan faham tentang isu ni supaya kau orang yang tercari-cari info pasal terkena buatan orang ada extra source. The time hal ni terjadi kat aku, kebanyakkan blog and website yang post pasal sihir terlalulah banyak. Tapi, aku agak kecewa sebab mostly copy and paste saja. Tak banyak gambaran aku dapat untuk perbetulkan keadaan aku dan husband yang dah huru-hara sebab benda syirik tu.

Post kali ni aku nak share pasal tanda-tanda waktu aku terkena sihir. Kat rumah boleh dikatakan most of the time aku nampak kelibat. Ada waktu tertentu aku akan terbau something yang sangat busuk atau sangat wangi where is aku sendiri pun tak sure dari mana datangnya bau-bauan tu. Kalau busuk, bau dia macam bangkai. Kalau wangi, bau dia macam perfume. In my case, dah tentulah bukan bau perfume aku atau husband aku. Mungkin bau perfume orang yang buat tu agaknya. Who knows? Other than that, aku selalu rasa macam diperhatikan waktu tengah buat kerja rumah. Bila toleh, there's no one behind me. Tapi, dia punya rasa kena perhati tu aku boleh nampak macam ada bayang-bayang sekali. It's true and quite seram jugalah. If you never experienced, you'll judge. Waktu malam sampai ke pagi tak payah ceritalah. Bunyi guli dan bunyi perabot kena tarik bukan main hebat lagi. Orang yang tak kena sihir takkan nampak dan dengar gangguan tu semua. Kami laki bini sering nampak dan dengar almost everyday. Especially aku. Everyday mana ada orang nak alih-alih perabot. Antara pukul 1-4 pagi pula tu. Terang lagi bersuluh.

Once aku perasan tanda-tanda tu, aku tahu something is not right. Rumah yang kami tinggal ni rumah sewa. Tuan rumah kami Chinese. Sejak pindah kami tak pernah buat house-warming or baca doa selamat ke apa. Tak sempat buat pun ye jugak sebab baru pindah 2-3 bulan macam tu dah kena sihir. Kami cuma solat macam biasa. Surprisingly, nothing weird and disturbing. Sejak kena buatan orang je macam-macam rasa tak best ada dalam rumah kami. Rumah rasa dan nampak kelam macam ada kepulan asap. Pendek kata, suasana dalam rumah memang tak best. Rasa sesak. Bila dah pagar rumah baru suasananya back to normal.

Tanda yang paling aku suka adalah mimpi. Since kena sihir, aku paling kerap mimpi. Mimpi berada dalam jamban dan orang bagi makan paling banyak. Ada seorang ustaz yang kami berubat inform, kalau mimpi orang nak bagi makan tu ada orang cuba nak 'hantar' sesuatu yang tak elok kat kita. Kalau dalam mimpi tu kita makan makanan yang orang tu bagi, tandanya 'benda' tu dah masuk kat badan kita. In short, dah terkenalah. Suka bukan bermaksud aku seronok tengok gambaran dalam mimpi tu. Suka sebab hari demi hari mimpi tu ibarat bagi aku petunjuk atas apa yang berlaku kat kami laki bini. Previous post aku bagi tahu ada dua orang bersekongkol sihir kami, kan? Dalam kebanyakkan mimpi aku, memang ada 2 perempuan yang kerap muncul. Perempuan-perempuan tu satu tempat kerja dengan husband aku. Seorang sama department, seorang lagi lain department. Husband aku pernah tanya salah seorang daripada perempuan tu either they both knew each other or not. She denied. So, fine. Yang aneh, tiap kali berubat, nama mereka berdua yang jin tu duk sebut-sebut masa sesi berdialog dengan jin. So, kami nak kata and buat macam mana lagi? Some more, sihir tak ada black and white as I ever said before. Kalau aku boleh scan and print mimpi tu, bolehlah jadikan bahan bukti. Haha.

Okaylah. I think, that's all for my sihir experience. Kalau ada yang perlukan bantuan, bolehlah tinggalkan phone number kat bahagian comment atau dm me privately. Nak share semua panjang sangat. Assalamualaikum.

sihir is real (part 2)

Hi, there. Harap kau orang tak bosan baca kisah sihir aku. My pure intention on sharing this is, nak you all take extra precautious if you noticed something weird on yourself or beloved people around you. I pernah kena, I don't want this kind of shit harm more people in the future.

Sihir ni kat mana bahaya dia? Bahaya dia bila tukang sihir baca mantera dan tujukan kat target on 12hb for example, bukan 12hb tu juga dia terus menjadi. Makan masa. Mungkin sehari dua, seminggu atau sebulan baru sihir tu betul-betul 'melekat' or 'meresap' pada mangsa. Macam kami laki bini, orang tu hantar sekitar Januari/Februari 2020. Tapi, sihir tu betul-betul menjadi waktu bulan April 2020. Makan masa, kan? Tapi itulah, bukan senang nak bersedia sebab ilmu hitam ni tak ada hint. Kalau ada pun mungkin benda tu dah berjalan untuk satu tempoh masa bila kau nampak kelibat dalam rumah ke atau lain-lain petanda. 

Each and everyone yang terkena sihir simptom dia berbeza-beza. Depends on what kind of sihir you kena. For me yang terkena sihir pemisah dan pengasih, hubungan laki bini tu memang ke laut dalam perginya. Aku baru beranak tahu tak. Kami laki bini takda strong reason untuk cari pasal dan bergaduh. Nak sambut 2nd baby, mestilah happy and excited. Yang jadi, sebaliknya. Everything went well sampailah satu tempoh masa tu aku notice husband aku 'panas' bila duduk rumah. Masa ni aku masih dalam pantang. Husband asyik nak keluar. Bila kerap nak keluar rumah, macam-macam alasan bodoh dia bagi supaya aku tak syak apa-apa. Anak kedua yang baru lahir pun husband aku tak hirau. Jauh beza layanan dia berbanding our 1st child dulu. That situation made me sad. Aku ingat dia beza-bezakan anak. Rupanya fikiran dah kena 'control' with 'something'. No wonder. 

Another symptom, husband aku jadi baran tak bertempat. Hari-hari marah and nak mengamuk kat aku padahal aku tak buat salah apa-apa. Tell me, macam mana nak buat salah kalau bercakap pun tidak? Sejak perangai husband aku jadi weird, aku memang stop bercakap dengan dia serta-merta kecuali hal penting. Day-by-day, no communication. Bila dia balik kerja, dia asingkan diri dalam bilik. So do I. Haha boleh bayang tak? Bila dah jadi macam tu, our life getting hambarlah. Pulak tu masing-masing dah kena 'control' dengan ilmu hitam ni semua, memang mudah je mulut ni nak cakap bukan-bukan without proper thinking. Aku notice awal and cuba tanya ustaz sana sini. Most of the ustaz yang aku tanya cakap benda yang sama which is, "ada orang kat tempat kerja buat". The interesting part, dua orang pulak tu. Bersekongkol.

Lain-lain simptom malas aku nak cerita. Kita bukan hidup di zaman kuno. Sesiapa pun mesti dah boleh agak. Banyak je blog lain yang share simptom-simptom orang terkena sihir pemisah, pengasih. The problem is, zaman dah tak kuno. Manusia pulak yang makin menjadi-jadi kunonya, sampai sanggup minta bantuan jin/syaitan to fulfil their nafsu. Yang ada saka tu jangan cakaplah. Guna saka untuk kepentingan peribadi, aniaya orang sana sini sesuka hati. That's why, saka tu bukan something yang baik. Mula-mula you anggap saka baik sebab tolong tuan, jaga tuan. Lama-lama that thing akan cenderung rosakkan manusia since benda tu kan jin. Makan diri to be exact. Sebab tu kebanyakan ustaz atau ustazah galakkan anybody yang bela saka atau ada saka tanpa disedari cepat-cepat buang benda tu. Tak ada faedah. 

Tu serba sikit experience aku. Rasanya bukan aku dan husband je yang kena. Sebelum ni ada staff tempat kerja husband aku pun terkena juga. Bukan Malay but Indian. Yang tu lain pulak. Bleeding non-stop, fibroid sebesar bola sepak. Berubat pun dengan Malay ustaz. So, kami laki bini assume orang yang sama juga agaknya aniaya that Indian staff. Melainkan, ada berpuluh-puluh staff kat organisasi tu yang mengamalkan ilmu hitam ni. Wallahua'lam. Kalau kau orang jenis tak percaya pasal sihir, mesti kau orang tak tahu yang orang terkena sihir ni (especially perempuan) akan kerap rasa sakit kat bahagian perut (bahagian peranakkan). Biasanya yang kacau perut ni sihir pemisah sebab orang yang buat tu nak bagi kita bermasalah kat bahagian peranakkan, tak boleh mengandung dan sebagainya sampai husband you fedup dan nak ceraikan you. Lagi lama dibiarkan tak pergi berubat, it will lead to cancer.

Haih, entahlah. Geram dengan manusia-manusia macam ni sampai aku berharap sangat orang-orang yang aniaya aku dan husband dengan sihir, saka, santau dan lain-lain gangguan spiritual tu mati kena gilis lori. Betul. Berkali-kali mulut aku cakap benda ni waktu tengah lalui hari-hari yang sukar time kena sihir sepanjang tahun lepas. Aku bukan sejenis manusia yang suka tengok orang lain seksa, sengsara. Tapi, bila orang yang aku tak pernah kenal dan tak pernah ada kaitan dengan aku tiba-tiba muncul lepas tu kacau hidup aku and family, as normal human being dah tentulah macam-macam aku harap terjadi kat orang tu. Aku harap dia stop buat kami, aku harap dia dapat balasan setimpal malah lebih teruk lebih bagus, aku harap dia bla bla bla tak ada penghujung. 

I really wish, anyone of you yang rasa pelik dengan diri you or pasangan, ada penyakit yang tak sembuh-sembuh setelah sekian lama ulang-alik hospital, pergilah scan diri kat mana-mana pusat rawatan Islam. Seriously saying. Jangan tangguh-tangguh. Dah terlambat nanti payah. And again, please be careful dengan orang-orang di sekeliling kita. Especially jenis yang damn toooo nice. Orang kasar, mulut celupar, garang ke apa semua tu sah-sah kita tahu tahap jahat dia sejauh mana. Kalau orang jenis ni buat apa-apa onar kita tak adalah terkejut sangat. Probably hati mereka tak sampai pun nak buat jahat kat orang. But, yang terlalu baik tu kita kena hati-hati sebab tak boleh nak detect diri sebenar dia macam mana. Wallahua'lam. I tell this and that ikut pengalaman sendiri, bukan suka-suka buat cerita nak menakutkan orang. You nilailah sendiri. I just can't push people to believe but I know I have some input to make you people terbuka hati untuk berfikir. Till next post.

Saturday, 4 December 2021

sihir is real

Edited version


[This post is wayyy too long. If you're not an avid reader and jenis tak percaya sihir boleh terjadi di zaman moden, you better leave this site coz it might not benefited you in any way. I guess.]


Alhamdulillah. Saat aku menaip posting ni, aku masih dikurnia kesihatan yang baik sedangkan dah seminggu lebih aku jaga anak-anak yang tak sihat. Terima kasih, Allah. Tak tahu kenapa, rasa terpanggil nak share pengalaman aku terkena buatan orang. Bukan nak buka aib sendiri tapi nak create awareness kat sesiapa saja yang terbaca post ni. Mungkin juga situasi ni masih fresh.

Long story short, aku dan suami terkena buatan orang bermula tahun lepas, tahun 2020. Actually, kami sendiri tak sure bila benda tu start dan mula 'meresap' kat kami. Mengikut perawat-perawat yang kami jumpa untuk berubat, orang yang buat tu start hantar benda-benda syirik kat kami seawal bulan Januari/Februari tahun lepas. Lebih kuranglah. Menurut perawat-perawat tu lagi, kami terkena sihir pemisah, sihir pengasih dan sihir santau yang dihantar oleh somebody from tempat kerja husband aku. Perawat-perawat dan ustaz-ustaz ni dapat detect melalui simptom yang ada kat kami mengikut pengalaman mereka mengubat orang juga. Bukan suka-suka diagnose.

Ada perawat yang dah tetapkan bayaran, ada perawat yang terima bayaran seikhlas hati untuk 'buang' sihir-sihir tu semua and so on. Kami notice hal ni a bit late. So, agak rush jumpa perawat dan ustaz sana sini for treatment since condition kami boleh tahan teruk sampai nak bercerai-berai. Can you imagine? Ni bukan kali pertama aku terkena sihir. Dulu sebelum kahwin pun aku dan ex-boyfriend pernah terkena buatan orang juga. 

Tu kisah lama. Tak kahwin pun dengan lelaki tu. So, life move on. Kecewa yang meaningless. Yang aku kena kali kedua ni sungguh menyakitkan hati dan sengsara sebab dah berkeluarga. Lagi stress, aku notice something tak kena waktu aku dalam pantang anak kedua. Bayangkanlah. Mungkin individu yang buat tu nak bagi aku gila meroyan sebab baru lepas bersalin kan. Nak cerita satu persatu apa yang berlaku terlalulah panjang. Aku petik mana yang penting sajalah. On the same time, aku tak nak buka aib orang yang dah buat jahat kat kami. Tak dinafikan memang perit hidup aku sepanjang kena sihir. Bahagian aku lebih kepada sakit-sakit fizikal (santau angin). Husband aku lebih kepada gangguan fikiran. To be exact, angau kat perempuan yang tak pernah husband aku tahu pun kewujudan dia dalam bangunan tempat kerja tu separuh mati sampai lupa wife dan anak-anak. Bila orang yang buat tu tahu kami berubat, dia topup lagi dan begitulah seterusnya. Waktu inilah kemuncaknya. Aku makan banyak macam mana pun tetap tinggal tulang je. Husband aku pun sama. Kurus teruk macam orang hisap dadah. Biasanya yang terkena buatan orang ni memang akan kurus sebab ada 'benda' dalam badan. Ditambah pula dengan makan hati, bertambahlah susut berat badan. 

Sampai satu tahap, aku give up nak berubat. Mujurlah seburuk-buruk aku masih ada iman untuk tak membalas syirik dengan syirik. Get me? Aku serahkan bulat-bulat kat Allah. Macam mana Allah nak balas or macam mana orang tu terima kifarah mereka dan sebagainya, aku pun tak tahu. Kalau nasib baik, Allah akan tunjuk. Kalau tak, doa aku tiap-tiap hari masih sama which is nak Allah tunjukkan siapa individu-individu yang aniaya kami laki bini dan jadikan hidup mereka sama teruk atau lebih teruk lagi daripada apa yang mereka dah well-planned untuk kami.  Aku pernah terbaca, ada seseorang share tentang ceramah yang dia dengar daripada seorang ustaz. Menurut ustaz tu, kalau Allah nak makbulkan doa kita, Dia akan buat kita berdoa minta benda yang sama berkali-kali tanpa jemu. Waktu tengah kritikal kena sihir tahun lepas, aku nampak macam tak ada harapan je rumahtangga aku nak pulih. Tapi, as muslim, aku berpegang teguh dan percaya dengan yakin bahawa doa orang teraniaya tiada hijab. Setiap kali solat aku doa dan minta perkara yang sama. Alhamdulillah, semua back to normal. Dengan izinNya juga. Because, I know my husband very well. Seteruk-teruk dia, family is priority. Kalau bergaduh dengan aku pasal hal-hal remeh pun, dengan anak mesti dia gomol-gomol, peluk cium, gurau-gurau. Kali ni karakter dia memang di luar kebiasaan. Terasa macam aku hidup dengan 'orang lain' dalam rumah every single day sepanjang hal ni berlaku.

Up to this day, aku sangat yakin that one fine day Allah akan makbulkan doa aku untuk lihat wajah-wajah individu yang sihir kami laki bini. Macam mana caranya, terpulanglah kat Dia nak tunjukkan dengan cara apa. Nampak dalam mimpi ke, terserempak kat pasar malam ke, terlanggar bahu kat mana-mana ke. We never know. Sejak kena sihir, lama juga aku doa benda yang sama. Kebelakangan ni macam ada sikit hint melalui mimpi. Semoga Allah makbulkan doa insan teraniya macam aku. Sebenarnya kami dah boleh agak siapa pelakunya. It's just that, sihir ni bukannya ada black and white. Kalau kami kata sipolan yang buat, apa bukti yang kami ada nak menunjukkan sipolan tu sihir kami walaupun situasi betul-betul berat ke arah dia? Nothing. Even though waktu aku berubat ada 2 nama yang 'benda' tu sebut masa sesi berdialog dengan jin tu, I can prove nothing. Kami dapat rekod video waktu sesi berdialog dengan jin dan jin tu sebut nama orang yang sama berkali-kali. The thing is, argue pun tak guna. That individual, of course, would deny it. I've already asked her. So, it's all up to Allah to lend His helping hand.

One thing for sure, never ever judge a book by its cover. Same goes to human. I know this statement is not valid to all human being sebab tak semua orang jahat. But, kalau nasib you all tak baik macam I and terkena buatan orang (seteruk-teruk penganiayaan dan kezaliman), for sure you'll think the same. 

Sampai saat ni aku tak sure those individuals masih hantar gangguan spiritual lagi kat kami atau tak. Kalau ada, aku redha je. Tak rasa apa dah sebab Allah ada. Allah tak tidur. Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dia izinkan perkara syirik tu berlaku tak bermakna Dia akan terus izinkan si pelaku terus-terusan ambil kesempatan untuk aniaya dan zalimi orang lain. It's all about time. Takkan Dia nak tengok hambaNya bergelumang dengan dosa seumur hidup. Lagi-lagi dosa syirik. Of course, not. Akan tiba masanya Dia akan bagi peringatan ke atas setiap perbuatan hambaNya. Untuk apa? Untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kalau tak nak berubah juga, bersedialah with what His got for you in store. Berubah pun bukan sekadar stop doing it. It's more that that. Kena bertaubat, minta ampun dengan Allah, berhenti serta-merta daripada ulang dosa yang sama dan paling penting, kemaafan daripada orang yang dianiaya/dizalimi. Allah boleh ampunkan dosa kita, sesama manusia belum tentu. 

Since doa orang-orang yang teraniaya tiada hijab, what makes these people yang suka main bomoh, ilmu hitam and so forth ni boleh teruskan kehidupan harian dia orang dengan selamba setiap hari like nothing happen? They act like, nothing will harm them sedangkan orang yang mereka aniaya secara halus tanpa dilihat manusia lain ni hari-hari doa dan mengadu kat Allah. Allah, indeed, the best Planner. Time will tell.

review: nivea extra white c & e vitamin lotion

Hi, there. Selalu aku review pasal skincare untuk muka. Now nak review sikit pasal lotion badan Nivea Extra White C & E Vitamin Lotion. Produk keluaran Nivea ni bukannya baru. On the same time, tak adalah lama sangat. Baru tak baru sangat, lama tak lama sangat. So, yeah. 


Aku baru guna satu tube bersaiz 180ml. Bila start guna, beli kat mana and berapa harga dia betul-betul tak ingat sebab sibuk fikirkan skin goals gitu. Ahaks. To be exact, up to this day masih ada suku lagi isi dia. 180ml tu besar dan banyak untuk aku yang jenis tak suka pakai lotion badan hari-hari. Rasa melekit memanjang walaupun lotion tu jenis tak melekit pun kadang-kadang. Aku je yang paranoid. Bila kulit dah start tak lawa, kering gila, baru kelam kabut nak apply krim or lotion. Kalau tak silap, aku beli waktu habis pantang anak kedua. Sekarang anak kedua aku pun dah nak masuk 2 tahun lagi 4 bulan macam tu. Bayangkan berapa lama aku ambil masa guna lotion ni? Now masih belum habis dan masih struggling nak habiskan.

Dari segi bau, aku tak gemar sangat bau oren dia. Macam bau buah oren yang berkrim atau jus oren yang ditambah susu, creamy² gitu. Tapi aku tak pentingkan tu sangat since it works wonder on my skin. Kiranya lotion ni menjalankan fungsinya dengan betullah kat kulit aku especially bahagian yang mudah kering macam lutut, siku, buku lali. Pastu bila kering bukan biasa-biasa dia punya kering. Kering kaw-kaw pulak tu. Itulah akibatnya bila kurang minum plain water. Tambah pulak anak kedua aku fully breastfeed. Kering kontang jadinya dengan kulit badan sekali kering. Bahaha.

Lotion ni sekali pakai memang aku sapu banyakkkk sangat. I dunno whether it's good or bad. Tapi bila dah meresap kat kulit, memang tahan sampai waktu mandi seterusnya. Rasa licin dan lembut tu kiranya berpanjangan. Tak perlu nak repeat 2-3 kali. Pastu bila dah sapu banyak gila tebal-tebal, sambil gosok tu boleh rasa daki tertanggal dari kulit. Walaupun dah mandi bersih-bersih, dah gosok badan dengan sponge, scrub dan sebagainya, daki tu tak tanggal sepenuhnya, ok. Lotion ni boleh dikatakan membantu untuk hilangkan daki yang tak nampak dengan mata kasar. Yes. That's the right sentence! Aku tak tahu proses ni digelar apa. Biasanya skincare untuk muka pun ada jenis macam ni. Bila sental sikit daki dan sel-sel kulit mati pun keluar dengan jayanya.

Since kulit badan aku pun bukan jenis sensitif, aku tak kisah campur-campur lotion or cream. Asalkan bahagian kulit yang kering kusam tu kembali bermaya. Badan nak pakai lama, nak. Kenalah repair and service mana-mana yang patut. Kah! Sekarang ada macam-macam produk. Pilih saja mana berkenan dan sesuai dengan masalah kulit kita. Ada yang murah, sederhana, mahal. Ikut size poket masing-masing, ya. Bye!

Friday, 3 December 2021

it's been a while

Hello, everyone. It's been a while. Pejam celik dah masuk bulan December 2021. Rindu nak menceceh dan merepek tapi tak banyak masa. Ada lagi ke yang mengikuti blog sendu ni senyap-senyap? Setelah sekian lama, perempuan 30-an beranak satu kini sudah beranak dua. In shaa Allah tiada lagi yang ketiga, keempat dan kelima atau seterusnya. LOL.

Long story short, my 2nd child is boy. No wonder pembawakannya berbeza berbanding 1st pregnancy dulu. Sepanjang tempoh menyepi ni, berkali-kali jugak tukar skincare. As usual la kan. Hehe. Nanti bila ada banyak masa terluang, I'll make a review.

Bagi yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang, memang patut kau orang tertanya-tanya. Sebab selepas ni banyak kisah or issue aku nak share. Ada yang berat, ada yang ringan. Ada yang masuk akal, ada yang tak masuk akal. Pasal apa? Pasal kehidupan. Kita ni manusia biasa. Hidup di dunia hanya sementara. Yang baik dan yang buruk semuanya ujian serta pinjaman Allah. Panjang umur aku cepat-cepat cerita, okay. Doakan aku sihat dan banyakkkkkkkkkkkk masa terluang. Dah bertambah usia dan anak ni hari-hari terpaksa bergaduh dengan masa. Belum lagi dengan periuk belanga, kain baju dan lain-lain. Haha just kidding! Till next post, babeh.