It's almost tengah bulan and I can't help myself of being a compulsive shopper. Online, specifically. Makin banyak input pasal online shop yang aku baca dan jumpa, makin membuak-buak shopping desire tu datang. Tak agak-agak pulak tu. Scary. Haha. The truth, aku anggap ini as penyakit. Mana boleh spend duit tiap-tiap hari sedangkan income cuma masuk sebulan sekali. It's totally wrong and I need to cultivate a self-control over online shopping. Or else, mampos!
I guess, there's nothing to worry about when every single and little thing can come to us. Klik sana, klik sini, barang pun sampai depan pintu. Tak perlu bersusah-payah. That's why kesedaran untuk berjimat-cermat dalam berbelanja tu macam takda dalam diri ni. Once kau ada duit, even though tak banyak and as long as lepas untuk dapatkan anything yang kau nak, just do it. Personal opinion akulah. Waiting is tiring. Nak tunggu sampai duit banyak baru nak beli apa yang aku perlu dan nak, tak berbaloi.
Same goes to konsep pengeluaran EPF pada tahap umur tertentu dan untuk tujuan tertentu. Why nak beli rumah pertama, nak pergi haji, langsaikan baki home loan, study loan, etc. je yang dibenarkan untuk keluarkan? Sedangkan kalau keluar habis sekalipun, belum tentu loan rumah kau settle sepenuhnya. Pandangan akulah. Tak semestinya betul. Sementara masih muda, kudrat masih kuat, lebih baik benarkan pengeluaran EPF tu untuk orang langsaikan apa saja yang patut. Dari sekecil-kecil hutang ke sebesar-besar hutang, tak restricted untuk certain issue of life. Bila dah selesai, masih ada masa untuk kumpul aset EPF to be used waktu bersara nanti. Berbeza dengan zaman sekarang. EPF tu kononnya simpanan untuk kegunaan hari tua. Tapi waktu muda-muda ni bila banyak sangat sign agreement for pelbagai jenis komitmen, dah bersara di hari tua nanti tetap kena guna jugak duit EPF tu untuk langsaikan hutang piutang yang tak settle lagi dari zaman muda. Sebab apa? Mungkin sebab gaji kecil, hutang tak sempat nak habis bayar. Mungkinlah. Guess what? Dah tua, waktu di mana kau patut relax dan goyang kaki, fikiran kau masih gelisah dan tak keruan. Kadang dah bersara pun tetap kena cari kerja lain gaji rendah sikit untuk settle hutang or EPF saving untuk hari tua tu tak cukup for the whole retirement phase sebab kau terpaksa guna half or mungkin more than half untuk cover komitmen-komitmen yang tak sempat habis dibayar. Rasa macam rugi kat situ. Duit EPF kena spend, tapi waktu tu dah tak bekerja, takda duit masuk. Tak ke kau rasa perit?
Kesimpulannya, aku rasa adalah satu keperluan if law sedia ada kat Malaysia ni dikaji dan dirombak balik. Fleksibelkan semua perkara mengikut kesesuaian masyarakat mengikut peringkat usia dan pendapatan. Tetiba terlintas kat kepala otak pasal semua ni sebab serabut. Zaman muda-muda ni perit sungguh rasanya sebab komitmen yang terpaksa 'dicipta'. Dah tua baru nak merasa saving or pelaburan-pelaburan yang dimulakan diusia muda. Itupun belum tentu umur panjang boleh merasa penat lelah and titik peluh dari zaman muda tu. Haih entahlah. Banyak sangat berfikir ke aku ni or it's normal je actually untuk hidup terbeban sedangkan simpanan tu ada, cuma tak dibenarkan untuk guna. Hmmmm....

No comments:
Post a Comment