Wednesday, 1 August 2018

review: chamos acaci galactomyces 100% ferment filtrate

Chamos Acaci Galactomyces 100% Ferment Filtrate Essence

Hello! Lama tak review produk. Rindu. Ahaks. Anyway, this is the first Korean product yang aku beli dan cuba. Sebelum ni tak dapat nak review disebabkan penggunaan yang tak konsisten. So, payah nak explain berkesan ke tak. Lately start guna balik tanpa skip sebab expiry date dah dekat. Haha boleh pulak camtu kann.. Nak buang rasa membazir pulak sebab harga dia RM79 sebotol for 50ml. Not bad untuk produk yang not really well-known kat seluruh dunia kecuali Korea dan negara-negara Asian sana. LOL.    

Long story short, Chamos Acaci Galactomyces 100% Ferment Filtrate ni lebih kurang je kegunaan dia dengan SK-II Facial Treatment Essence. Cuma yang ni version murah sikit berbanding SK-II. Walaupun murah,  keberkesanan dia ibarat kau guna essence mahal kat luar sana. Tapi tak semua yang mahal tu serasi dan tak semua yang murah tu tak elok. Depends jugak jenis kulit kita cemana. As usual, kebanyakan skincare aku beli sebab pengaruh iklan dan blogger review. Kah! Tapi yang ni serius berbaloi. Akak suka! Essence ni 100% menggunakan galactomyces ferment filtrate, takda campuran bahan lain. SK-II ada campuran bahan lain. Sila Google kalau nak tahu. Huhu.  

Galactomyces tu apa? Ia adalah sejenis bahan aktif yang berfungsi untuk mencerahkan,  memperbaiki dan melindungi condition kulit. Erti kata lain, galactomyces ni sejenis ekstrak yeast fungus yang didapati melalui proses fermentasi dan berperanan sebagai antioksidan yang bagus untuk kulit. 

Before this super malas and takda disiplin nak apply benda ni. Mungkin disebabkan texture dia yang watery macam air paip tapi jauh lebih weightless menyebabkan kepuasan psikologi tu takda kot.  Warna dan bau pun takda. Mungkinlah. It's just a personal opinion je. Sejak start guna balik akhir-akhir ni, langsung tak boleh berenggang! Sehari sampai 4-5 kali nak tepek kat muka, siap letak dalam handbag bawak pi office. Kau rasa? 

Watery based memudahkan produk ni meresap cepat ke dalam lapisan kulit. Of course, tak berminyak, tak melekit. Kulit rasa lembab, lembut dan segar. Oleh kerana kulit aku jenis combination,  lepas apply banyak mana pun kulit nampak matte je tak berkilat ke apa except kat T-zone. Tapi tak bermaksud bahagian kulit yang kering tu takda lembapan. Dia lebih kepada melembab dari dalam. Sebab waktu apply tu memang dapat rasa dia meresap dalam kulit. Sejuk je. Gitu..

However, no matter how powerful the product is, STILL, kena follow rutin skincare yang betul. Dulu aku pun tak take serious. Dah tua bangka ni je baru datang kesedaran. Huhu. Usually aku akan cuci muka guna cleanser pastu toner dan last sekali baru apply essence ni. Itu 3 basic steps yang aku takkan skip tiap-tiap hari. Kalau nak detail sikit barulah aku add-on scrub lepas guna cleanser and peel-off mask lepas guna toner. Itupun kalau aku bermekap untuk hari itu. Kalau tak, sesekali je aku sentuh scrub dengan peel-off mask tu. Essence ni best applied waktu dah cuci muka bersih-bersih and prepare muka dengan toner. Dia ada calming effect sikit bagi aku. Tak reti nak elaborate. Cubalah sendiri kalau nak tahu.

One more thing, selain Chamos Acaci, banyak lagi serum dan essence kat luar sana yang menggunakan galactomyces as one of their main skincare ingredients. So, you all yang nak try tak semestinya restricted untuk beli brand ini, okay? Nak mudah boleh beli kat website Supermodel's Secrets. Banyak skincare Korea dan Jepun kat sana kepada sesiapa yang berminat. Order hari ni, esok sampai. Till the next post. 

No comments:

Post a Comment