After several times tukar-tukar skincare, I've decided to stick with one brand - Cetaphil. Aku guna Gentle Skin Cleanser tu, bukan Oily Cleanser or Gentle Cleansing Bar. Siapa yang familiar dengan brand ni mesti tau price range dia macam mana. Kalau takda promotion, atas RM60 tak lari harga dia. Tapi bergantung pada kandungan jugak. Kalau botol kecil 125ml tu bawah RM50 dah boleh dapat. Walaupun botolnya pendek cute, lama jugak boleh tahan. Ikut cara penggunaan kita macam mana. As for me boleh tahan almost 2-month or more sebab memang dah tau harga dia a bit pricey. So, jimat-jimatlah I guna. Muahaha.. Botol besar 500ml tu pulak lingkungan RM60++ if not mistaken. Some people might think tak berbaloi beli pencuci muka mahal. Aku pulak rasa sebaliknya sebab most of Cetaphil's product sangat praktikal kerana boleh guna for both - face & body. For long term jimatlah tu sebab dah tak perlu beli body wash lain. Hiks. However, nak pakai skincare yang tak berapa murah ni you have to get to know what's your skin types first then you can buy and use it. Never ever ikut trend like produk apa yang tengah in kat market sekarang. Kalau tak sesuai, merana kulit kau.
Dari segi texture pulak, cleanser ni rupa dia macam keputihan orang perempuan yang sihat (coz aku tak jumpa the exact word nak describe). Pastu jenis soap-free. Tak perlulah guna sampai segenggam bila tengok takda buih keluar. Membazir namanya tu. I know kadang-kadang kita rasa tak puas bila guna pencuci muka yang tak berbuih. Rasa macam tak bersih. Padahal lepas bilas elok je clean and fresh. Aku pernah terbaca info di mana face cleanser yang tak banyak buih or tak berbuih langsung is more efective. Produk yang banyak buih tak elok sebab akan mengeringkan kulit untuk jangka masa panjang. That's why aku cuba Cetaphil. Kulit aku pun jenis combination. Kejap kering, kejap oily. Gentle Skin Cleanser ni berfungsi sebagai balancer kat kulit aku. Seluruh muka jadi elok lembab tapi bukan berminyak lepas basuh tu. It's also act like a filler kat kulit muka aku. Kalau kering dia topup moisture, kalau berminyak dia remove semua tu tapi bukan sampai kering. Secukup rasa je. No more kulit bermasalah since aku start guna few months ago. Puas hati sangat. Awal-awal sebelum aku nak try brand ni, ramai gila blogger yang cakap Gentle Skin Cleanser ni bagus untuk kulit berjerawat teruk. Ragu-ragu jugak nak try takut-takut boleh keringkan kulit lagi. Bila dah cuba rupanya best weh. Sometimes kalau jerawat stress atau menstruasi muncul, sehari je dah hilang dengan scar hitam tu sekali. Awesome!
This product you can use both way - with or without water. Dah basuh boleh bilas dengan air as usual. Kalau tak nak bilas dengan air pun boleh, just remove excess with soft cloth. Kalau nak betul-betul bersih dan fresh, aku prefer bilas dengan air. Kalau kemalasan melanda, lap je dengan face towel. Nothing to be stressed out sebab texture dia tak melekit. Kulit pun akan maintain selesa for few hours sampai tak rasa nak cuci berkali-kali. So, sehari 2x cuci muka dah cukup. Day and night.
Kalau kewangan tak berapa mengizinkan, aku suggest beli size kecil dulu atau travel kit dia. Bawah RM50 aku pernah beli kat Caring Pharmacy, dapat cleanser and moisturizing cream. Moisturizing cream paling kecil size dia 100g. Mula-mula aku beli travel kit. Sampai hari ni moisturizing cream dia masih banyak belum masuk second tube pun. Cleanser dah masuk third bottle (125ml).
Travel kit |
Penjimatan lain yang ketara sejak guna produk ni, aku dah stop beli makeup remover jenis liquid base tu. Cleanser ni boleh remove light makeup. Kalau makeup tebal je aku akan remove guna facial wipes dulu. Balance sikit-sikit yang tak bersih tu akan hilang time cuci muka. Rutin penjagaan kulit muka pun jadi senang, tak perlu duk lama-lama depan cermin. Kadang tak tengok cermin pun dah boleh settle satu muka. Damn easy bila dah tau apa yang sesuai atau tak sesuai dengan kulit.
Phew. Panjang betul membebel. Ini baru part facial cleanser. Aku tak sentuh lagi bab moisturizer, lotion or cream apa aku guna lepas cuci muka. HAHAHA. Next time la :)
No comments:
Post a Comment