Sukacita aku nak share something pasal anak aku dan gadget. Kalau sudi bacalah. Kalau tak sudi tak apa. Takda paksaan. Masalahnya ada ke yang baca? Haha. Whatever it is, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Honestly, aku tak ingat bila the exact age anak aku dibiasakan dengan gadget. Yang aku tahu, anak aku pernah accident dalam rumah sebanyak dua kali dan mengalami luka yang sangat dalam. Mula-mula dia panjat kerusi kat ruang tamu pastu terjatuh. Kesannya - koyak bibir almost nampak gusi sebab terkena skirting dinding (tiles). Second time dia berlari-lari pastu tersadung kaki sendiri dan jatuh terhantuk kepala kat bucu simen tempat letak dapur gas (rumah zaman dolu-dolu selalu ada simen yang ditinggikan ni). Kesannya - koyak dahi sampai ternampak tulang sikit. Luka tu kecik je weh tapi dalam sangat. Mencurah-curah darah keluar. So, apa maksudnya? Obviously, anak aku superb active dan susah nak duduk diam walaupun sekejap. Tapi bukan autism ye. Oh, fyi, anak aku bukan boy tapi girl.
Terkilan jugak sikit sebab aku lahirkan dia sempurna. Disebabkan terlalu ligat, dah berparut sana sini. Never mind. Bersangka baik dan positif. Disebabkan kejadian tu, aku dan suami start bagi anak tengok handphone. Hanya dengan menonton Youtube kat handphone, anak aku boleh duduk diam dan tak membahayakan diri dengan idea-idea kelasakkan dia yang akal aku sendiri pun payah nak terima kekadang tu. Mula-mula aku bagi tengok sekejap-sekejap je. Lama-kelamaan dia ketagih sampai mintak kat aku handphone tu setiap hari! Pros and cons tu memang ada tapi lebih kepada cons je aku tengok. Banyak kesan tak elok daripada elok. Sudahnya, aku sendiri yang sakit hati. Sumpah weh.
Salah satu advantages bila aku bagi anak main handphone is, dia belajar banyak perkara dalam masa yang singkat. Maklumlah, kat Youtube tu ada macam-macam video. Internet di hujung jari, tanpa sekatan dan sempadan. Even suami aku dah block video-video yang kami rasa tak sesuai untuk tontonan anak kami, tak lama lepas tu mesti keluar balik video-video tu entah dari mana. Mungkin dia godek-godek sendiri atau memang ada 'komuniti' yang sengaja nak menyesatkan umat manusia sedari usia mereka masih kecil melalui gadget technology. Tak hairanlah dia tahu banyak perkara seawal umur 2 tahun sedangkan ada benda yang aku dan suami tak pernah tunjuk dan ajar pun. Pastu, she knows how to have fun. Instead of main toys macam budak-budak lain time bosan, anak aku usually akan menyanyi-nyanyi sendiri. Lagu-lagu yang dia nyanyi tu semua hasil 'pembelajaran' dari Youtube, of course. Haha. I think itu jela kot yang elok dan aku boleh terima.
Part tak elok pulak, bila dah start main handphone, aku panggil dia buat tak tahu je. Bila aku ambil handphone tu untuk charge, boleh pulak dia bantai mengamuk menjerit-jerit. Kalau tengok handphone, mata tu kemain dekat dengan screen. Dah tentulah sebagai seorang mak aku risau mata dia jadi rabun. Anak sepupu aku belum sekolah tadika dah pakai cermin mata tebal sebab dari kecil mak ayah dia dah amalkan bagi main handphone untuk diamkan anak depa bila pergi rumah orang. Eh risaulah! Macam-macam boleh jadi hanya kerana seketul gadget. Semua perkara tu leads my daughter to be a very harsh kid jugak. Aku tak suka. So, sebelum terlambat dan tak nak menyesal di kemudian hari, aku decide untuk tarik balik gadget dalam hidup anak aku. Hari ni dah masuk minggu kedua anak aku tak main handphone. Dia tengok-tengok gitu je bila aku main game kat handphone aku. Itupun sekejap pastu aku akan simpan dan hilangkan dari pandangan mata dia.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh tak pegang any gadget, anak aku makin seronok buat aktiviti sendiri yang sepatutnya budak seusia dia buat. Main dan explore apa saja kecuali teknologi. Bonding dengan aku dan laki aku pun makin baik sebab fokus dia dah tak lari. Itulah yang sepatutnya. Waktu aku bebas bagi dia main handphone, hidup aku senang sebab aku boleh buat apa saja urusan tanpa gangguan daripada anak kecil aku. So, tak penat. Sekarang aku penat sikit. Selain bekerja, uruskan hal rumahtangga, aku kena spend time lama jugak untuk layan anak aku. Sokay. Asalkan kebergantungan dia pada gadget dah tak ada, tenang jiwa raga aku! Haha. Itulah freedom yang sebenar. Aku tak kisah anak aku nak main apa saja. Importantly, bukan menghadap gadget berjam-jam. Aku cuma akan tegur kalau-kalau apa yang dia buat tu bahaya je. Selagi tak bahaya, lantak kaulah nak main apa pun. Mama don't mind. Fitrah budak-budak kan bermain. Takkan aku nak paksa belajar sampai genius melalui gadget, biar anak aku advance serba-serbi berbanding anak orang lain.
Actually, teknologi sangat penting. Tapi bukan untuk budak yang sangat mentah, umur tak sampai 2 tahun. Ada seorang individu tanya, kenapa aku stop bagi anak aku main handphone sebab anak aku pandai banyak perkara bila main handphone. Aku jawab, sebab tak nak bagi rosak mata je. Padahal, dalam kepala aku ni macam-macam sumpah-seranah ada. Hanya dengan handphone je ke seorang budak boleh belajar banyak perkara? Budak kecil zaman moden mesti bergantung pada internet je ke untuk jadi bijak dan advance? Kalau semua nak harapkan pada teknologi, di mana fungsi ibu bapa? Goyang kaki saja ke? Itu sekadar pandangan. Sebagai parents kita berhak nak ajar dan bentuk anak kita dengan cara masing-masing. Kalau belajar melalui gadget tu bagus, teruskan. Jangan ikut cara aku sebab aku sejenis kuno, suka style orang lama didik anak-anak walaupun aku hidup di zaman moden. Aku tak nak bagi gadget langsung kat anak aku buat masa sekarang sebab penerimaan dan effect dia kat anak aku mostly negative. Kalau anak kau orang tak dapat kesan negatif langsung walau sebesar kuman waktu main gadget, it's fine untuk bagi dia orang main setiap hari, berjam-jam lamanya.

No comments:
Post a Comment