Monday, 22 January 2018

my daughter & gadget

Sukacita aku nak share something pasal anak aku dan gadget. Kalau sudi bacalah. Kalau tak sudi tak apa. Takda paksaan. Masalahnya ada ke yang baca? Haha. Whatever it is, yang baik jadikan  teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Honestly, aku tak ingat bila the exact age anak aku dibiasakan dengan gadget. Yang aku tahu, anak aku pernah accident dalam rumah sebanyak dua kali dan mengalami luka yang sangat dalam. Mula-mula dia panjat kerusi kat ruang tamu pastu terjatuh. Kesannya - koyak bibir almost nampak gusi sebab terkena skirting dinding (tiles). Second time dia berlari-lari pastu tersadung kaki sendiri dan jatuh terhantuk kepala kat bucu simen tempat letak dapur gas (rumah zaman dolu-dolu selalu ada simen yang ditinggikan ni). Kesannya - koyak dahi sampai ternampak tulang sikit. Luka tu kecik je weh tapi dalam sangat. Mencurah-curah darah keluar. So, apa maksudnya? Obviously, anak aku superb active dan susah nak duduk diam walaupun sekejap. Tapi bukan autism ye. Oh, fyi, anak aku bukan boy tapi girl. 

Terkilan jugak sikit sebab aku lahirkan dia sempurna. Disebabkan terlalu ligat, dah berparut sana sini. Never mind. Bersangka baik dan positif. Disebabkan kejadian tu, aku dan suami start bagi anak tengok handphone. Hanya dengan menonton Youtube kat handphone, anak aku boleh duduk diam dan tak membahayakan diri dengan idea-idea kelasakkan dia yang akal aku sendiri pun payah nak terima kekadang tu. Mula-mula aku bagi tengok sekejap-sekejap je. Lama-kelamaan dia ketagih sampai mintak kat aku handphone tu setiap hari! Pros and cons tu memang ada tapi lebih kepada cons je aku tengok. Banyak kesan tak elok daripada elok. Sudahnya, aku sendiri yang sakit hati. Sumpah weh.

Salah satu advantages bila aku bagi anak main handphone is, dia belajar banyak perkara dalam masa yang singkat. Maklumlah, kat Youtube tu ada macam-macam video. Internet di hujung jari, tanpa sekatan dan sempadan. Even suami aku dah block video-video yang kami rasa tak sesuai untuk tontonan anak kami, tak lama lepas tu mesti keluar balik video-video tu entah dari mana. Mungkin dia godek-godek sendiri atau memang ada 'komuniti' yang sengaja nak menyesatkan umat manusia sedari usia mereka masih kecil melalui gadget technology. Tak hairanlah dia tahu banyak perkara seawal umur 2 tahun sedangkan ada benda yang aku dan suami tak pernah tunjuk dan ajar pun. Pastu, she knows how to have fun. Instead of main toys macam budak-budak lain time bosan, anak aku usually akan menyanyi-nyanyi sendiri. Lagu-lagu yang dia nyanyi tu semua hasil 'pembelajaran' dari Youtube, of course. Haha. I think itu jela kot yang elok dan aku boleh terima.

Part tak elok pulak, bila dah start main handphone, aku panggil dia buat tak tahu je. Bila aku ambil handphone tu untuk charge, boleh pulak dia bantai mengamuk menjerit-jerit. Kalau tengok handphone, mata tu kemain dekat dengan screen. Dah tentulah sebagai seorang mak aku risau mata dia jadi rabun. Anak sepupu aku belum sekolah tadika dah pakai cermin mata tebal sebab dari kecil mak ayah dia dah amalkan bagi main handphone untuk diamkan anak depa bila pergi rumah orang. Eh risaulah! Macam-macam boleh jadi hanya kerana seketul gadget. Semua perkara tu leads my daughter to be a very harsh kid jugak. Aku tak suka. So, sebelum terlambat dan tak nak menyesal di kemudian hari, aku decide untuk tarik balik gadget dalam hidup anak aku. Hari ni dah masuk minggu kedua anak aku tak main handphone. Dia tengok-tengok gitu je bila aku main game kat handphone aku. Itupun sekejap pastu aku akan simpan dan hilangkan dari pandangan mata dia.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh tak pegang any gadget, anak aku makin seronok buat aktiviti sendiri yang sepatutnya budak seusia dia buat. Main dan explore apa saja kecuali teknologi. Bonding dengan aku dan laki aku pun makin baik sebab fokus dia dah tak lari. Itulah yang sepatutnya. Waktu aku bebas bagi dia main handphone, hidup aku senang sebab aku boleh buat apa saja urusan tanpa gangguan daripada anak kecil aku. So, tak penat. Sekarang aku penat sikit. Selain bekerja, uruskan hal rumahtangga, aku kena spend time lama jugak untuk layan anak aku. Sokay. Asalkan kebergantungan dia pada gadget dah tak ada, tenang jiwa raga aku! Haha. Itulah freedom yang sebenar. Aku tak kisah anak aku nak main apa saja. Importantly, bukan menghadap gadget berjam-jam. Aku cuma akan tegur kalau-kalau apa yang dia buat tu bahaya je. Selagi tak bahaya, lantak kaulah nak main apa pun. Mama don't mind. Fitrah budak-budak kan bermain. Takkan aku nak paksa belajar sampai genius melalui gadget, biar anak aku advance serba-serbi berbanding anak orang lain.

Actually, teknologi sangat penting. Tapi bukan untuk budak yang sangat mentah, umur tak sampai 2 tahun. Ada seorang individu tanya, kenapa aku stop bagi anak aku main handphone sebab anak aku pandai banyak perkara bila main handphone. Aku jawab, sebab tak nak bagi rosak mata je. Padahal, dalam kepala aku ni macam-macam sumpah-seranah ada. Hanya dengan handphone je ke seorang budak boleh belajar banyak perkara? Budak kecil zaman moden mesti bergantung pada internet je ke untuk jadi bijak dan advance? Kalau semua nak harapkan pada teknologi, di mana fungsi ibu bapa? Goyang kaki saja ke? Itu sekadar pandangan. Sebagai parents kita berhak nak ajar dan bentuk anak kita dengan cara masing-masing. Kalau belajar melalui gadget tu bagus, teruskan. Jangan ikut cara aku sebab aku sejenis kuno, suka style orang lama didik anak-anak walaupun aku hidup di zaman moden. Aku tak nak bagi gadget langsung kat anak aku buat masa sekarang sebab penerimaan dan effect dia kat anak aku mostly negative. Kalau anak kau orang tak dapat kesan negatif langsung walau sebesar kuman waktu main gadget, it's fine untuk bagi dia orang main setiap hari, berjam-jam lamanya.                

Monday, 15 January 2018

review: cellina charm baby hair & body bath mousse bubble bath + dermalex baby eczema

Updated, 23 January 2018

Sejak beranak, aku tak obses sangat toiletries untuk baby aku sehingga usia dia mencecah dua tahun. Anak aku jenis super aktif dan kuat berpeluh. Bila peluh dah kering, kulit badan dia akan kemerah-merahan, kering dan menggelupas. Aku assume tu as kulit kering je even though simptomnya more to mild eczema. Sebenarnya susah nak terima kalau anak ada eczema. Erk. Lama-kelamaan kulit kering tu makin banyak especially kat bahagian badan tumpuan peluh macam belikat, leher dan tengkuk. Start dari situ aku dah mula risau, takut terjadi penyakit kulit yang serius. 

Antara aku dan suami, aku yang paling cepat panik bab-bab penyakit ni. Tak kira penyakit tu ringan atau berat, tahap kerisauan aku sangatlah tinggi dan annoying. Haha! Laki aku dah faham sangat perangai bini dia. So, dia akan bersikap 50x lebih cool which is membuatkan aku rasa bengang jugak kekadang tu. Tiap kali aku cakap nak bawa anak kami jumpa doktor, laki aku akan suggest alternatif lain seperti mendapatkan consultation daripada pharmacist at first place. Jumpa doktor mahal katanya. Kadang-kadang penyakit tu tak serius mana pun dan boleh dapatkan ubat kat drugstore je but at the end terpaksa bayar consultation fees yang adakalanya mengarut. Ok fine. Laki aku kerja kat hospital. Mungkin dia lebih tahu macam-macam than me.  

First time dapatkan consultation kat Caring Pharmacy, pharmacist kat sana suggest kami guna dua produk which is Cellina Charm Baby Hair & Body Bath Mousse + Dermalex Baby Eczema.


Cellina Charm Baby Hair & Body Bath Mousse

Cellina Charm Baby Hair & Body Bath Mousse ni sejenis mandian untuk kulit bayi bermasalah macam kulit anak aku yang aku mention nun kat atas tu. Texture dia ringan sebab bubble based, bukan gel. Memang dia berbuih tapi tak banyak. Gosok-gosok sikit kat badan pastu hilang. Walaupun macam tak puas sebab tak banyak buih, tapi tetap rasa bersih waktu mandi tu. Fungsi dia meredakan keradangan kulit anak aku yang kering dan melembabkan. Lepas mandi, kulit dia dah tak merah dan kering. Harganya aku dah lupa. Kalau tak silap RM49.90 untuk 400ml dan ada jual kat Caring Pharmacy je as far as I know. Aku pernah tanya dan cari kat Aeon Wellness, Guardian dan Watson tapi tak ada. In the future tak tahulah kan. Online shop most probably ada kot. Jimat jugak pakai produk ni sebab boleh guna as shampoo and body wash. Produk ni aku baru guna sebotol. Belum rasa nak restock lagi sebab aku dah mula jatuh cinta dengan Cetaphil Baby. 

Dermalex Baby Eczema

Dermalex Baby Eczema ni pulak krim untuk eczema. Disebabkan eczema anak aku mild, krim ni sangat berkesan menghilangkan kekeringan kulit kat belikat, tengkuk dan leher dia. Mild dalam kes aku means tak teruk sangat. So, cepat dan senang hilang walaupun baru guna beberapa kali je. Kalau tengah aktif bermain, tiga bahagian badan anak aku tu macam kilang peluh. Basah non-stop! Lepas tu merah-merah, miang dan tergaru-garulah dia sampai menggelupas. Krim ni memang aku sentiasa spare kat rumah. Lepas sapu kat kulit bermasalah, few minutes after that terus elok. Aku suka gila krim ni sebab eczema anak aku akan slow down pastu macam tak jadi naik. The best way and time untuk guna krim ni is waktu kulit tu baru start naik merah-merah. Cepat-cepat sapu sebelum kulit jadi kering dan membentuk mild eczema yang bercapuk-capuk tu. Kalau lambat take action tak mustahil eczema yang mild tu akan merebak jadi teruk. Harga krim ni RM39.90 kalau tak silap. Sama macam mandian Cellina kat atas tu, krim ni ada jual kat Caring Pharmacy je rasanya. Watson and Guardian more to cosmetic thingy. That's why sedikit payah nak dapat produk-produk berubat macam ni. I guess. Paling penting, krim ni cepat meresap, tak perlu risau anak sentuh bahagian yang affected. Biasanya aku guna ni lepas mandikan anak guna Cellina Charm Baby Hair & Body Bath Mousse supaya proses penyembuhan tu lebih cepat.      

Eczema mungkin common di kalangan budak kecil. But once dah tahu anak kita menghidap eczema, aku rasa perlu untuk dapatkan rawatan secepat mungkin sebab bila penyakit ni bertambah serius, anak kecil akan rasa tak selesa sepanjang masa. Since anak aku punya eczema tak teruk, aku cuma rawat guna external medicine je, tak galakkan sangat makan ubat-ubatan. Kalau elok, that's it. Will immediately stop using it. Kalau bertambah teruk, barulah aku akan refer kat doktor. Waktu tengah mild tu kena rawat betul-betul supaya tak sampai ke tahap berkeruping dan berdarah-darah bila terkopek. Kalau dah teruk susah dan lambat pulak nak recover. Tak sanggup makkk. So, give it a try! Sebelum ni aku tak perasan langsung dua brand dan produk ni kat market. Dah dapat suggestion from pharmacist, baru aku sedar produk ni bagus. Produk dari brand yang commercial ada jugak yang bagus tapi tak semestinya serasi kat setiap individu. So, rajin-rajinlah survey dan bertanya kepada yang pakar.        

Sunday, 14 January 2018

the power of common sense

Hello. Sana sini viral pasal cuaca sejuk kat seluruh Malaysia. Macam duk kat overseas katanya. Aku kalau ditakdirkan kena tinggal kat mana-mana negara yang ada musim sejuk, confirm menggelupur sebab sejenis tak tahan sejuk. Haha. But now bukan nak cerita pasal cuaca. Main story nak bebel pasal kesihatan.

Penghujung tahun 2017 dan awal tahun 2018 tak happening langsung dalam kamus hidup aku sebab husband kena chicken pox. Seminggu lebih lepas tu berjangkit pulak kat anak kami. Almost 2 month jugak kami anak beranak tak keluar ke mana, lepak kat rumah je sebab tak nak chicken pox tu berjangkit kat orang lain. ALHAMDULILLAH, our daughter tak demam, tak cranky, tak lembik. Malah aktif macam biasa, macam orang tak sakit. Syukur. Sebaliknya, husband aku yang teruk sampai tak boleh bangun. Kebanyakan orang cakap macam tu. Budak kecil kena tak teruk sangat. Kalau dah tua baru kena, lain machiamm effect dia.  

Something yang buat aku tak puas hati, husband berjangkit daripada anak buahnya masa attend engagement ceremony few weeks before. Ok fine. Masalahnya, kenapa parents anak buah dia tak kuarantin anak mereka yang sedang menghidap penyakit berjangkit tu ek? Kenapa belum fully recover dah nak keluar rumah, attend invitation sana sini ek? Seriously, I cannot brain. Totally disturbing! Sorry to say, aku sangat mementingkan kesihatan diri sendiri, keluarga dan orang-orang di sekeliling berbanding keseronokkan dapat jalan-jalan or travel sana sini. Kalau tak sihat, di mana nikmat jalan-jalan dan travel yang kau boleh dapat? Cuba fikir. 

Maaf kalau terkasar. Even though kau vaksin anak kau (untuk develop herd immunity kononnya) tapi tak kuarantin dia waktu sedang menghidap penyakit berjangkit, kau parents yang sangat GAGAL. Kau menyebarkan penyakit kat orang lain yang sihat secara terbuka dan terang-terangan. Apa gunanya vaksin tu semua? Serupa je macam kau tak vaccinate anak. Kan? Di mana letaknya common sense sebagai ibu bapa? Bazir duit, masa dan tenaga pergi klinik kesihatan dan mana-mana private clinic or hospital untuk cucuk vaksin kat anak, sudahnya kau sendiri tak jaga nafsu 'tak tahan bosan duduk rumah' dan keluar sana sini sesuka hati membiarkan virus chicken pox tu berterbangan merata-rata hingga berjangkit kat orang lain melalui udara. Tak nak menyalahkan diri sendiri, kau katalah kau takde physical contact dengan orang sedangkan virus tu boleh berjangkit melalui udara. So stupid.

My husband kerja kat emergency department sebuah hospital swasta in KL. Ada doktor kat situ shared bagaimana pak mertua dia yang menghidap kanser meninggal dunia kerana berjangkit virus chicken pox. Antibodi budak dan orang tua berbeza. Orang tua kalau sakit lambat nak baik berbanding budak kecil sebab body dia dah tak kuat nak develop antibodi. Apatah lagi dia dah memang ada penyakit kanser, so antibodi dia terus drop, tak dapat membantu proses penyembuhan. Mungkin mereka yang bermentaliti macam tu relax je bawa anak-anak yang sakit keluar jalan-jalan kat tempat public sebab belum terkena kat ahli keluarga sendiri yang meninggal sebab berjangkit penyakit berjangkit daripada orang lain.

Waktu aku taip entri ni aku masih rasa bengang dan marah walaupun husband dan anak aku dah sembuh dari chicken pox. Tinggal bekas je aku sedang usaha nak hilangkan. Dah sembuh, apa lagi nak dikecohkan? Memang sengaja aku nak heboh sebab kesannya dalam hidup aku mendalam tau tak. Aku kerja kat company baru tak sampai setahun, cuti tak banyak malah dah habis. Chicken pox ni bukan macam batuk selsema biasa yang boleh sembuh sehari dua. Hopefully common sense kau orang tinggi untuk imagine betapa kacau bilau urusan harian aku nak handle dua orang yang kena penyakit ni sekaligus. Especially bab makanan, memang kena alert, tak boleh bagi husband dan anak aku makan sesuka hati. Kalau tak, boleh bentan atau semakin lambat sembuh. 

Nampak tak betapa pentingnya common sense dalam kehidupan harian manusia? Belajar tinggi-tinggi sampai dapat title Doktor Falsafah pun tak berguna kalau common sense you ZERO. Done bebel.  

Thursday, 4 January 2018

hi 2018

Selamat Tahun Baru 2018. Kalau nak cerita pasal azam, semua orang nak yang terbaik untuk diri sendiri dan orang-orang disayangi. Bertahun-tahun sayang diri sendiri, aku banyak membazir beli benda bukan-bukan. Baju dah banyak, beli lagi. Tudung dah tak muat almari, beli lagi. Selalu sangat mengejar benda-benda yang dah ada dan tak perlu. Konon-konon nak reward diri sendiri. Sampai satu tahap sebenarnya aku rasa cukup je tapi tetap tak puas. Penyakit apakah itu? 

Riba' masih berbaki beberapa bulan. Aku dan suami bekerja keras cari duit, tahan nafsu serakah lebih 2 tahun sejak kahwin tak pergi holiday mana-mana kecuali honeymoon. Itupun dalam negara je. Sobs. Anak pun nak masuk 3 tahun bulan 8 ni. Masih berkira-kira nak spend duit untuk bercuti sebab kami laki bini macam gila bayar hutang lebih-lebih biar cepat habis. Tahun ni In shaa Allah settle semuanya dan baru boleh fikir nak bercuti ke apa. Yelah, kalau hutang tak diberhentikan cepat-cepat, anak makin membesar nak pakai banyak duit. Bertimbun-timbun benda kau nak kena keluar duit. Kalau hutang dengan komitmen asyik clash je seumur hidup, berapa ratus tahun kau nak kena makan gaji sambil buat kerja part time? Work-life balance takda, quality time untuk diri sendiri and family pun limited. Bila dah tua, anak-anak tak banyak masa dengan kau, nak kecil-kecil hati pulak. Tak best weh macam tu. Nak kaya kena rajin usaha aku dengar orang kata. Memang betul. Kalau malas macam mana nak dapat duit banyak? Tapi adat manusialah kan. Makin berduit makin haru perbelanjaan. Dari kereta kecil dan murah nak tukar ke kereta besar dan mahal. Dari rumah sewa nak beli rumah besar dan mahal which is nak terbuasir keluar duit sebab tak mampu. Tapi sebab orang lain ada, kau tetap nak kena go with the flow. Tak berkesudahan kan? Suka hatilah. Kita tak boleh paksa orang ikut cara hidup kita. Ye dok? 

Harapan aku cuma satu, kalau Allah masih nak pinjamkan aku kat dunia, moga-moga azam nak khatam Quran even though cuma sekali, terlaksana. Umur panjang, rezekilah dapat spend time lebih sikit. Sedih kat diri sendiri. Umur dah 30an masih merangkak-rangkak baca Quran. Kahwin dulu kemain beli Al-Quran cantik-cantik letak kat dulang hantaran. 5 tahun pertama still tak khatam langsung walau sekali, pathetic sangat. Doakan aku, manusia ber-attitude hina ni. Kat dunia tak ada manusia hina. Allah cipta elok-elok, bagus-bagus. Diri sendiri yang membentuk peribadi tu sama ada elok atau sebaliknya. Done tazkirah.