Hello. Sana sini viral pasal cuaca sejuk kat seluruh Malaysia. Macam duk kat overseas katanya. Aku kalau ditakdirkan kena tinggal kat mana-mana negara yang ada musim sejuk, confirm menggelupur sebab sejenis tak tahan sejuk. Haha. But now bukan nak cerita pasal cuaca. Main story nak bebel pasal kesihatan.
Penghujung tahun 2017 dan awal tahun 2018 tak happening langsung dalam kamus hidup aku sebab husband kena chicken pox. Seminggu lebih lepas tu berjangkit pulak kat anak kami. Almost 2 month jugak kami anak beranak tak keluar ke mana, lepak kat rumah je sebab tak nak chicken pox tu berjangkit kat orang lain. ALHAMDULILLAH, our daughter tak demam, tak cranky, tak lembik. Malah aktif macam biasa, macam orang tak sakit. Syukur. Sebaliknya, husband aku yang teruk sampai tak boleh bangun. Kebanyakan orang cakap macam tu. Budak kecil kena tak teruk sangat. Kalau dah tua baru kena, lain machiamm effect dia.
Something yang buat aku tak puas hati, husband berjangkit daripada anak buahnya masa attend engagement ceremony few weeks before. Ok fine. Masalahnya, kenapa parents anak buah dia tak kuarantin anak mereka yang sedang menghidap penyakit berjangkit tu ek? Kenapa belum fully recover dah nak keluar rumah, attend invitation sana sini ek? Seriously, I cannot brain. Totally disturbing! Sorry to say, aku sangat mementingkan kesihatan diri sendiri, keluarga dan orang-orang di sekeliling berbanding keseronokkan dapat jalan-jalan or travel sana sini. Kalau tak sihat, di mana nikmat jalan-jalan dan travel yang kau boleh dapat? Cuba fikir.
Maaf kalau terkasar. Even though kau vaksin anak kau (untuk develop herd immunity kononnya) tapi tak kuarantin dia waktu sedang menghidap penyakit berjangkit, kau parents yang sangat GAGAL. Kau menyebarkan penyakit kat orang lain yang sihat secara terbuka dan terang-terangan. Apa gunanya vaksin tu semua? Serupa je macam kau tak vaccinate anak. Kan? Di mana letaknya common sense sebagai ibu bapa? Bazir duit, masa dan tenaga pergi klinik kesihatan dan mana-mana private clinic or hospital untuk cucuk vaksin kat anak, sudahnya kau sendiri tak jaga nafsu 'tak tahan bosan duduk rumah' dan keluar sana sini sesuka hati membiarkan virus chicken pox tu berterbangan merata-rata hingga berjangkit kat orang lain melalui udara. Tak nak menyalahkan diri sendiri, kau katalah kau takde physical contact dengan orang sedangkan virus tu boleh berjangkit melalui udara. So stupid.
My husband kerja kat emergency department sebuah hospital swasta in KL. Ada doktor kat situ shared bagaimana pak mertua dia yang menghidap kanser meninggal dunia kerana berjangkit virus chicken pox. Antibodi budak dan orang tua berbeza. Orang tua kalau sakit lambat nak baik berbanding budak kecil sebab body dia dah tak kuat nak develop antibodi. Apatah lagi dia dah memang ada penyakit kanser, so antibodi dia terus drop, tak dapat membantu proses penyembuhan. Mungkin mereka yang bermentaliti macam tu relax je bawa anak-anak yang sakit keluar jalan-jalan kat tempat public sebab belum terkena kat ahli keluarga sendiri yang meninggal sebab berjangkit penyakit berjangkit daripada orang lain.
Waktu aku taip entri ni aku masih rasa bengang dan marah walaupun husband dan anak aku dah sembuh dari chicken pox. Tinggal bekas je aku sedang usaha nak hilangkan. Dah sembuh, apa lagi nak dikecohkan? Memang sengaja aku nak heboh sebab kesannya dalam hidup aku mendalam tau tak. Aku kerja kat company baru tak sampai setahun, cuti tak banyak malah dah habis. Chicken pox ni bukan macam batuk selsema biasa yang boleh sembuh sehari dua. Hopefully common sense kau orang tinggi untuk imagine betapa kacau bilau urusan harian aku nak handle dua orang yang kena penyakit ni sekaligus. Especially bab makanan, memang kena alert, tak boleh bagi husband dan anak aku makan sesuka hati. Kalau tak, boleh bentan atau semakin lambat sembuh.

Nampak tak betapa pentingnya common sense dalam kehidupan harian manusia? Belajar tinggi-tinggi sampai dapat title Doktor Falsafah pun tak berguna kalau common sense you ZERO. Done bebel.
No comments:
Post a Comment