Tuesday, 4 February 2020

review: garden of eden gentle milk cleanser




Almost a week aku cuba Garden of Eden Gentle Milk Cleanser ni. Cleanser semata-mata without scrub, toner, serum dan lain-lain. Kesannya, kulit jadi lembut dan lembab lepas basuh tu. Tak mengeringkan. Baunya pun sedap. Memang puas hati kat situ. Kalau aku guna complete set dia, for sure extra bersih, extra soft, extra satisfaction! LOL. Mungkin kandungan aloe vera yang membuatkan kulit jadi lembut dan lembab, sesuai untuk kulit aku jenis combination normal-dry-oily ni.

Harga dia dalam RM20+ for 100ml and boleh didapati kat mana-mana drugstore such as Watsons, Guardian, etc. Cleanser ni lebih kurang Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Gunalah banyak mana pun, tetap tak berbuih. Cuma Cetaphil Gentle Skin Cleanser tu lebih kepada bentuk gel, warna pun jernih2 ke greyish2 sikit. Yang ni warna putih susu, milky2 gitu. Untuk pencuci 100ml berharga RM20  ke atas pada pendapat aku ianya a bit pricey. Tapi, since pencuci muka ni tak ada parabens, SLS, coloring, mineral oil dan animal ingredients, boleh diterimalah kot. Kalau pencuci muka murah-murah tu mungkin terlalu banyak bahan kimia dicampur dalam tu untuk bertahan lebih lama dan sudah semestinya tak elok untuk kulit manusia for long term usage. Aku dah lama perasan hal ni. Kalau pencuci muka tu jenis organic ke, tak ada bahan kimia ke, mesti harganya mahal sikit. Kalau yang mur-mur tu memang tinggi kandungan bahan kimia dia. So, janganlah berkira sangat melainkan muka kau memang tough dengan bahan-bahan kimia tu semua.

In terms of packaging, penutup dia a bit ketat untuk dibuka dan ditutup. Bagus kat situ sebab susah nak tumpah atau meleleh tak tentu pasal. Cuma kekadang tu bila terlambat dan rushing nak bersiap, angin jugaklah kalau payah nak tutup. Since aku jenis kasar, aku hentak je dengan tangan kuat-kuat. Tapi masih di tahap ok, tak adalah sampai pecah penutup tu. Harap jangan tiru aksi ini di rumah. Haha...

Since bulan April nanti aku akan berpantang, feel like completing this brand of skincare range such as scrub, toner, serum dan lain-lain sebab dalam pantang biasanya kulit muka memang super flawless kerana pemakanan dijaga dengan baik sepanjang tempoh itu. Ditambah dengan skincare product yang sesuai dengan kulit, semakin cunlah kulit mak orang ni. In Shaa Allah...

Tuesday, 21 January 2020

bila tak tetap pendirian

Hi. Lama tak bersua. Dah 2020 ek. Rindu nak review produk tapi malas. Sekarang pregnancy aku pun dah masuk 3rd trimester. Kalau 1st pregnancy dulu aku pernah share pasal skin problem, kali ni aku rasa kulit muka aku tough sikit dengan persekitaran luar. Haha. Aku pergi kerja hari-hari tak pakai apa-apa. No toner, no lotion, no sunscreen, no serum, no essence, no bedak, no lipstick. Totally bare or naked face! Cuma sunburn jela sikit tapi tak ada pula masalah kulit pelik-pelik yang timbul such as kering or terlebih berminyak ke apa. Thank God. Masa mandi cuci muka dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser je pastu ready to go. 

Tapi macam biasalah, aku ada satu habit suka try skincare baru bila perasan kulit muka ni okay. Itu yang payah tu. Cuma, sampai sekarang masih tak pasti nak try skincare apa. Dalam kepala ni teringin nak try produk Bougas Beauty or Garden of Eden. Tapi masih berkira-kira mana satu yang worth it. Bougas Beauty tu aku tertarik dengan serum dia. Sebab dalam banyak-banyak skincare product, aku memang peminat serum. Garden of Eden pulak aku suka bau toner dia. Bau aromaterapi ala-ala kat spa kecantikan. So, tengoklah nanti cenderung ke arah mana. LOL

Wednesday, 20 November 2019

mentality + attitude

Gais, tiber rasa terpanggil nak share pasal facilities kat shopping mall or supermarket. Tiap bulan aku selalu beli barang keperluan kat Tesco. Bukannya murah sangat pun harga barang-barang kat situ. Tapi, memudahkan dari segi parking which is memang aku titikberatkan sangat-sangat sebab nak beli barang biasanya aku kena bawa anak kecil. Parking yang menyusahkan memang aku tak gemar. Tak kisahlah mall or supermarket tu berkali ganda murah harga barangan dia pun. Most of the Tesco yang aku suka pergi majoriti parking space dia jenis free, tak berbayar. Padahal, barang keperluan kat 99 Speedmart lagi murah. Tapi nak buat cemana kalau dah kedainya kat tepi-tepi rumah orang dan parking lot pulak limited. Actually, parking tepi jalan tu aku tak kisah lagi. Cuma kalau dah limited sangat pastu terpaksa pusing berkali-kali tak ke buang masa semata-mata nak dapatkan satu parking lot sedangkan kekadang tu sekadar nak beli roti Gardenia sebungkus je uols.

Parking space tu satu hal. Cer kau imagine, dah beli barang sejam dua dalam mall or supermarket tu, tiber rasa nak buang air pulak. Of course kita akan menggelupur cari toilet. Dan, mendukacitakan betul bila pergi toilet, toilet pulak kotor tahap dewa. Tak boleh diterima akal dia punya kotor tu. Bila ada anak kecil ikut sekali kita beli barang, tak ke payah nak handle? Flush rosak, dah terberak baru perasan pulak. Kadang tu takda baldi pulak nak tampung air untuk jirus emas-emas dalam lubang jamban tu. Aduhh semak kepala otak! Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ni nampak remeh. Tapi itu melibatkan kebersihan. Kalau kau seorang Muslim, tak mungkin kau orang tak tahu pasal kepentingan menjaga kebersihan. Memang hajat kita dah tertunai, tapi kena ada common sense juga fikirkan tentang orang lain yang akan guna jamban tu selepas kita tak kira orang tu Muslim, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain agama atau bangsa. Hal ni yang aku selalu pening kepala bila keluar beli barang kat shopping mall or supermarket. Sometimes sanggup tunggu sampai rumah untuk membuang sebab geram pulak dengan attitude orang kita (Malaysian) yang kencing atau berak tak flush, lantai dah basah dan kotor teruk kena tapak kasut takda inisiatif untuk siram, tisu buang dalam jamban, pad penuh darah haid tak bungkus tapi terus campak dalam tong Rentokil tu. Ish. Mesti kau orang pun perasan dan biasa tengok situasi ni.

Tapi itulah. Dalam 10 orang, aku rasa 8 atau 9 yang berfikiran "takpe, cleaner boleh bersihkan". Nak dapatkan seorang yang boleh berlebih kurang untuk tolong bersihkan toilet tu sikit-sikit sebelum orang lain guna selepas dia tu payah gila kot. Sebab tu public toilet kat seluruh Malaysia ni susah nak nampak bersih. Sebab lebih ramai bermentaliti "bukan kerja aku untuk bersihkan toilet ni" or "takpe, ada cleaner boleh buat" berbanding yang suka fikirkan orang lain macam aku ni. Haha. Kita kalau faham, janganlah buat benda yang sama. Walaupun orang yang guna toilet sebelum kita tu seolah-olah macam tak sekolah, kita pun tak perlu ikut sama macam tak pergi sekolah. Jadilah manusia yang ada kelas sikit.

Aku memang gemar membebel pasal common sense dan mentality sebab aku rasa Allah tu dah cipta kita semua ni sebaik-baik manusia. Sekalipun kita tak bijak dalam pelajaran, takkan hal-hal semasa yang selalu kita hadap hari-hari tak boleh nak perform elok-elok sikit, kan? Takkan sampai tahap itu je kita mampu fikir dan buat? Think about it.    

Monday, 23 September 2019

ukur baju di badan sendiri

Hello. Salam jerebu :-)

Kalau kau orang nak cari review or pengalaman holiday sana sini kat dalam or luar Malaysia, blog ni bukan blog yang tepat. Bukannya aku tak gemar travel or bercuti sana sini. Cuma, tak berkesempatan dan kurang bajet. Di situ je kau orang sepatutnya get the idea. Ahaks. BUT, it doesn't mean aku cheapskate sangat sampai tak keluar pi mana-mana bawak anak berjalan and enjoying life. It's just the matter of priority la to be exact. 

Aku kalau berduit lebih, aku jenis akan beli keperluan diri sendiri dan anak secara pukal. For example, barang-barang keperluan yang tak ada expiry date. Lepas tu bulan-bulan seterusnya macam banyak duit lebih since keperluan-keperluan sendiri dan anak dah restock awal-awal. I'm not the kind of person yang akan guna duit lebih for holiday dan gunakan ke arah benda-benda or urusan-urusan yang aku tak nampak apa at the end of the day. That's why most of the time aku banyak habiskan masa explore new restaurant and menu. Pastu kalau hidangan tu cantik sikit presentation dia, for sure akan ambil gambar and share kt IG ke apa. Bukan tujuan nak menunjuk, tapi memang minat aku lebih kepada fotografi makanan. Just rasa sedap mata memandang bila nampak food presentation yang kemas, unik, cantik. Ada jugak yang pelik and pertikai, kenapa tengah-tengah bulan aku lunch restoran mahal. Padahal itu adalah minat dan semestinya, it takes more than hundred a month just for food. Dah put aside some ringgit for it kan, tak kira awal, tengah or hujung bulan dah sah-sah I can afford nak makan murah ke mahal.

Same goes to you all. Kalau dah kau orang minat travel, holiday sana sini, nak tak nak mesti akan berhabis kat part tu no matter what it takes, kan? Pendek kata, do what you like, like what you do. Sometimes, laki aku siap tanya nak beli barang keperluan aku dan anak ke tak? Most of the time aku jawab tak payah je since sebulan dua aku dah skip and stok berlambak lagi. Sebab sedar diri tak berapa have-have dan Allah pun Maha Mengetahui, Dia pun dah atur minat aku ke arah benda-benda yang tak perlu mengeluarkan banyak duit. Allah kan sebaik-baik perancang. Hiks.

The point here is, whatever you do, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan ambil ukuran baju orang lain letak kat badan awak. Kalau badan besar, jangan ketat-ketat sangat measure tu. Nanti sesak nafas pulak. Okay?

Tuesday, 10 September 2019

second pregnancy

Kalau nak share pasal second pregnancy ni memang takkan habis. Sebab memang banyak drama dari awal-awal aku dapat tahu aku berbadan dua sampai sekarang. Pregnancy kali ni pun agak berat bagi aku sebab tak sekuat masa anak pertama dulu. My first pregnancy was superb. No muntah, no worse nausea, etc. Perut dah besar gila pun masih boleh buat kerja. Waktu tu masih kerja media. Shooting sana sini, indoor and outdoor. Bayangkanlah. Kuat. Sekarang? Serba-serbi tak kena. Sebab tu lama tak update apa-apa. Rasa malas, rasa tak sihat, rasa semua hal tak kena. Nak baring and duduk diam-diam je uols. Aku syak aku mengandung baby boy kot. Haha. Sebab anak first dulu girl. Kali ni punya penangan lain macam sangat. Terbalik semuanya. Mungkin berbeza jantina agaknya? Who knows? Tak apa. Pray for the best. Semoga segalanya dipermudahkan hingga tiba waktu kelahiran nanti.    

Thursday, 4 April 2019

perawatan islam

Berapa ramai agaknya di antara kita (khususnya Melayu) yang amalkan perawatan Islam sebagai alternatif dalam perubatan? Mesti ramai cuma nampak tak ketara sebab ada yang malu nak share, tak nak orang tahu dan macam-macam alasan lagi. Aku memang memilih perawatan Islam as an opt to modern medication. Paling penting, perawat-perawatnya guna ayat-ayat suci Al-Quran, bukan melibatkan jampi serapah, kemenyan dan minta pengeras bukan-bukan tu. Too much of bahan kimia from pills and so forth pun tak bagus juga untuk badan. Tapi bukanlah taksub sampai tahap tiap-tiap bulan mesti pergi jumpa ustaz/ustazah kat mana-mana pusat perawatan Islam sedangkan cuma batuk selesema je pun. Itu melampau sangat tu. Haha.

Bila perlu dapatkan rawatan di pusat perawatan Islam?

Bergantunglah penyakit kita macam mana or apa yang sedang kita hidapi. Aku hanya akan pergi untuk rawatan yang tak boleh diubati menerusi sains such as gangguan ke, sihir ke dan yang sewaktu dengannya. So far Alhamdulillah, aku pergi bukan sebab masalah tu semua tapi lebih kepada nak dapatkan air penawar untuk anak aku dan lebih kepada hal-hal kerohanian saja. Budak-budak biasalah. Mak-mak dan bapak-bapak je faham kenapa perlu ada air-air penawar segala.

Fyi, Darussyifa adalah pusat perawatan Islam under arwah Ustaz Harun Din yang aku suka pergi. Fyi lagi, kat Malaysia ni hanya 2 'brand' perawatan Islam yang berdaftar di bawah Jakim which is Darussyifa and another one di bawah naungan Ustaz Ismail Kamus. Selain daripada tu semua tak berdaftar sekalipun ia famous sampai masuk TV dan newspaper bagai. Itu menurut kata salah seorang perawat di Darussyifa punya HQ kat Bangi setakat entri ini ditulis. Kalau betul, betullah. Kalau tak betul, tak betullah apa aku sampaikan ni sebab yang bagi tahu aku pun ustaz tu, bukan aku create cerita. Lepas-lepas ni mungkin akan ada pusat perawatan Islam yang ambil inisiatif untuk register organisasi mereka. Wallahua'lam.

So, andai katalah you all or family member you all ada apa-apa penyakit yang dah lama ulang alik hospital dapatkan rawatan tapi masih tak nampak perubahan atau peningkatan ke apa, cubalah ikhtiar cara Islam pulak. Tak rugi pun mencuba. 

Wednesday, 3 April 2019

dah 2019

Wow, pantasnya masa berlalu.

Rindu nak mencoret sesuatu tapi terlalu banyak terlintas di fikiran sampai tak tahu nak mulakan yang mana satu. One thing for sure, bye 2018. Antara tahun yang banyak meninggalkan seribu satu rasa dalam hati sanubari. Tahun-tahun sebelumnya pun sama juga. Tak ada yang tak meninggalkan kesan dalam hidup. Haha.

Pejam celik, dah masuk bulan keempat dalam tahun 2019. Belum sampai setengah tahun, macam-macam hal berlaku di sana sini especially bab pekerjaan. Malas nak share panjang-panjang. Cukuplah aku saja yang tahu dan berjaya survive sampai ke hari ini. Jumpa di post seterusnya. Moga banyak perkara atau product review atau thoughts yang bermanfaat aku dapat share untuk yang notice dan baca blog ni.