Almost a week aku cuba Garden of Eden Gentle Milk Cleanser
ni. Cleanser semata-mata without scrub, toner, serum dan lain-lain. Kesannya, kulit
jadi lembut dan lembab lepas basuh tu. Tak mengeringkan. Baunya pun sedap. Memang
puas hati kat situ. Kalau aku guna complete set dia, for sure extra bersih,
extra soft, extra satisfaction! LOL. Mungkin kandungan aloe vera yang membuatkan kulit jadi lembut dan lembab, sesuai untuk kulit aku jenis combination normal-dry-oily ni.
Harga dia dalam RM20+ for 100ml and boleh didapati kat
mana-mana drugstore such as Watsons, Guardian, etc. Cleanser ni lebih kurang Cetaphil
Gentle Skin Cleanser. Gunalah banyak mana pun, tetap tak berbuih. Cuma Cetaphil
Gentle Skin Cleanser tu lebih kepada bentuk gel, warna pun jernih2 ke greyish2
sikit. Yang ni warna putih susu, milky2 gitu. Untuk pencuci 100ml berharga RM20 ke atas pada pendapat aku ianya a bit pricey.
Tapi, since pencuci muka ni tak ada parabens, SLS, coloring, mineral oil dan
animal ingredients, boleh diterimalah kot. Kalau pencuci muka murah-murah tu mungkin
terlalu banyak bahan kimia dicampur dalam tu untuk bertahan lebih lama dan sudah
semestinya tak elok untuk kulit manusia for long term usage. Aku dah lama perasan hal ni. Kalau pencuci muka tu jenis organic ke, tak ada bahan kimia ke, mesti harganya mahal sikit. Kalau yang mur-mur tu memang tinggi kandungan bahan kimia dia. So, janganlah berkira sangat melainkan muka kau memang tough dengan bahan-bahan kimia tu semua.
In terms of packaging, penutup dia a bit ketat untuk dibuka dan ditutup. Bagus kat situ sebab susah nak tumpah atau meleleh tak tentu pasal. Cuma kekadang tu bila terlambat dan rushing nak bersiap, angin jugaklah kalau payah nak tutup. Since aku jenis kasar, aku hentak je dengan tangan kuat-kuat. Tapi masih di tahap ok, tak adalah sampai pecah penutup tu. Harap jangan tiru aksi ini di rumah. Haha...
Since bulan April nanti aku akan berpantang, feel like completing this brand of skincare range such as scrub, toner, serum dan lain-lain sebab dalam pantang biasanya kulit muka memang super flawless kerana pemakanan dijaga dengan baik sepanjang tempoh itu. Ditambah dengan skincare product yang sesuai dengan kulit, semakin cunlah kulit mak orang ni. In Shaa Allah...
No comments:
Post a Comment