Holla. Sihat ke tu? Sampai hari ni kisah Covid masih tak ada kesudahan, kan? I antara batch pertama yang mengandung dan melahirkan anak waktu PKP 1.0 dulu. Sungguh, tekanan emosinya tak dapat nak explain. Waktu pergi check-up husband tak dapat teman tu semua I okay lagi. TAPI, time bersalin memang struggle teramat sangat. Bersalin czer kali ke-2 sakit dia lebih teruk than the 1st one. Ditambah pula ada sikit complication, kesan luka dalaman tu agak banyak and makan masa lama nak elok.
Dulu masa beranak anak 1st, apa-apa hal husband ada je kat sebelah nak tolong. Bila beranak zaman PKP segalanya kena handle sendiri dengan bantuan nurse hospital. Dah alang-alang bersalin kat private hospital, orang kata gunakanlah apa saja servis yang ada sebaik mungkin. Tapi, bab nak urus diri memang tak semua kita suka or nak harap kat nurse. Ada certain thing lebih selesa kalau suami sendiri yang urus. Yang faham, fahamlah.
Me, daughter & son juga antara yang kena Covid waktu belum ada vaksin. Peritnya Allah je yang tahu. Anak-anak relax ja sebab depa muda, antibodi lebih kuat daripada kita yang dewasa ni. I did had all symptom. Ikut body masing-masing. Orang lain ada yang semput teruk, batuk, selesema and all. I paling teruk virus tu attack tekak. Pedih semacam ibarat kena hiris pisau. Deria bau & rasa semuanya gone. Sengsara jugalah hidup waktu tu. Terasa insaf betul bila certain nikmat Allah tarik melalui penyakit tu.
Alhamdulillah, ujian apa pun yang Allah bagi kalau kita bersabar, nikmat pulih yang dirasa selepas itu lebih indah daripada sebelumnya. Sungguh.
Since my husband is one of the frontliners, I tak terkejut langsung if one day kami the whole family akan terkena Covid. Cuma kalau kena tu memang berdoa banyak-banyak that the simptom & effect tak teruk. Risau juga bila baca & dengar pengalaman pesakit Covid yang teruk-teruk sampai ditidurkan, kritikal & akhirnya meninggal. Seriously.
Sekarang sejak dah ada vaksin Covid, macam-macam percanggahan pendapat & isu pula yang timbul. My pov, vaksin ni tak boleh dipaksa-paksa. Badan setiap orang berbeza penerimaannya terhadap apa juga jenis ubat-ubatan. For me, there is no pro or anti vaccine kat dunia ni. Yang ada adalah mereka yang peka atau well-informed society/community. Selebihnya memang jenis 'pak turut', ikut saja saranan pihak bertanggungjawab tanpa memikirkan condition badan sendiri. I am fully vaccinated but I tak suka cara ia dipromosikan hingga tahap memaksa dan apabila ada sebahagian yang menolak, hidup mereka disusahkan. Bila dah susah nak berurusan di sana sini, mereka terpaksa memilih untuk ambil, seterusnya jika nasib tak menyebelahi dan terkena serious side effect (aefi) kekal atau mati, no one nak bertanggungjawab. Malah, mereka yang rasa teraniaya dengan vaksin itu pula yang berada di pihak yang salah sebab signature pada consent letter sebelum divaksin tu mengatakan ia atas tanggungjawab sendiri.
Fine. Isu Covid vaccine ni boleh dikatakan sensitif untuk semua orang. So, kita fikir-fikirkan dan luahkan pada saluran yang betul jika nak suarakan apa-apa aduan atau pandangan.
Yang pasti, siapa yang pernah kena Covid dan bersimptom teruk mesti tak mau dah lalui situasi yang sama lagi. So, jaga diri. Kurangkan merayap ke sana ke sini if takda hal penting. Kedai makan, hotel, tempat peranginan tu semua tak lari dikejar. Nafsu ni kalau dilayan, sampai bila-bila tak pernah puas/cukup. Be extra careful & alert with SOP.
No comments:
Post a Comment