Thursday, 7 September 2017

orang hebat

Personally, orang-orang yang hebat bagi aku bukannya mereka yang bergaji besar, rumah gah, berpengaruh atau berjawatan tinggi. Mereka yang hebat pada pandangan mata aku memiliki common sense yang tinggi, ada kemahiran hidup yang luas iaitu sejenis boleh hidup selesa walau di mana-mana saja dia dicampakkan. Tak takut, tak merungut. Berani.

Mereka yang kerap claim diri sebagai 'hebat' adalah individu yang insecure. Dia risau orang lain tak perasan kehebatan dia. Dia takut orang lain nampak lebih hebat dari diri dia. Itu penyakit, bukan hebat. Malah, lagi banyak dan kerap insecurity itu berlaku, makin mudah dan ramai yang membenci. Bila mention 'membenci', for sure ada yang samakan sebagai 'cemburu'. No, it's not. Rajin-rajin membaca dan rujuk kamus Bahasa Melayu. Tolong.

Orang sekeliling membenci bukan simply mereka tak suka. Tapi penyakit insecure itu terang-terangan memang annoying. Tak perlu contoh yang pelik-pelik. Cukup sekadar meletakkan diri sendiri di tempat orang lain dan imagine if kita berdepan dengan individu-individu seperti itu. Suka? Marah? Seronok? Begitulah caranya nak tahu dan improve diri.

Aku belum cukup hebat sebab aku masih tak berjaya tahan kemarahan tiap kali anak aku yang berumur 2 tahun buat perangai tantrumnya. Perjalanan masih panjang. Aku masih tercari-cari solution dan ilmu-ilmu keibubapaan untuk terus belajar.

Done membebel.        

No comments:

Post a Comment