Wednesday, 24 May 2017

love hate occupation

Aku mula jejakkan kaki ke alam pekerjaan seawal tahun 2009. Mula-mula aku jadi budak intern je, disuruh-suruh dan diarah-diarah. Tak kisah sangat atau ambil hati langsung pun sebab aku memang nak belajar dan timba pengalaman kononnya. Tamat tempoh internship dalam 3 bulan macam tu, aku diserap jadi staff. Kerja apa? Broadcast Journalist a.k.a Wartawan Penyiaran untuk online tv.

Tahun 2011 aku dapat better offer kat company lain where is online tv juga. Jawatan sama, gaji up sikitlah. Seronok. Tak lama lepas tu naik pangkat pulak as Producer. Gaji pun naik lagi. Maka seronoklah lagi. Kerja bidang media ni banyak kena pi outstation. Keluar sana sini, jumpa lain-lain orang dari pelbagai lifestyle and background. Aku serasi sungguh dengan kerjaya aku sampailah penghujung tahun 2015 aku resign dan jadi suri rumah. Bukan sebab dah tak minat cuma waktu tu aku berada dalam situasi di mana aku perlu memilih antara family dan career. Memandangkan aku baru beranak, aku pilih untuk berhenti kerja buat sementara waktu. Suami tak kisah, aku on je. 

Bulan demi bulan, anak aku pun makin rapat dengan aku sebab maknya tak bekerja. Tiap masa ada depan mata. Bonding kami anak beranak bertambah kuat tiap hari. Aku perasan aku sendiri pun makin selesa jaga anak full time. Rasa puas dan berbaloi tengok anak membesar depan mata. Tapi zaman sekarang ni mana boleh tak bekerja, kan? Cost of living tinggi sangat tak masuk akal. Kesian dengan suami cari duit sorang, aku decide nak kerja balik. Tapi aku tak kerja bidang media lagi sebab aku rasa tak sesuai untuk perempuan berkahwin yang ada anak lebih banyak habiskan masa kat tempat kerja atau tempat assignment berbanding dengan family kat rumah. 2-3 kali juga aku bertukar kerja (kebanyakannya bahagian administrative). Antaranya sebab working hour, anak aku jenis mengempeng waktu baby, gaji tak bersesuaian dengan masa yang aku habiskan atas jalanraya pagi petang dan macam-macam lagilah. Dalam tempoh setahun, kerja dan berhenti kerja and then dapat kerja balik kat tempat lain dah jadi rutin aku. Interview jangan cakaplah. Berbelas-belas juga aku attend sebab aku memang nak bekerja dan kalau boleh kerja tu biarlah ada work-life balance. 

Alhamdulillah, Tuhan makbulkan permintaan aku. Sekarang aku jadi admin je kat satu company bumiputera tapi kepala otak aku tak runsing. Kebanyakan masa aku dapat balik on time (pergi kerja terang, balik kerja masih terang), work-load tak banyak sangat, tak perlu OT, hari Jumaat boleh balik setengah jam awal daripada waktu balik biasa, staff semuanya friendly and macam family. Tak perlulah nak dibandingkan gaji yang aku terima each month dengan keselesaan yang aku dapat rasa tiap-tiap hari ni. Gaji tinggi pun nak buat apa kalau mental dan fizikal terbunuh sikit demi sikit selama bertahun-tahun? 

Aku tahu ramai terkejut dengan keputusan aku. Tapi aku selesa dengan jalan hidup yang dah diaturkan Tuhan. Aku rasa ada baiknya orang-orang yang underestimate tindakan orang lain ni risaukan diri sendiri sebab hampir setiap hari suami dan anak-anak kau orang makan air tangan mamak atau bibik Indon. 

No comments:

Post a Comment