Monday, 29 May 2017

skincare 2.0

Actually, this is not a product review. Same goes to this entry. Just want to share the initiative I take when skin problem occurs to me.

Well, berbalik kepada masalah jerawat mengundang yang tak diundang sebaik saja tamat confinement period. Again, I'm using Safi Sari Gamat product back to get rid those acne on face. Overall, jerawat bukanlah hilang atau muka jadi bersih sepenuhnya bila guna this product. Tapi dapat mengurangkan minyak kat muka, sekaligus membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat baru yang lebih subur. Jerawat still tumbuh once in while especially when it comes to period and PMS cuma tidaklah terlalu banyak sampai menyakitkan hati bila tengok muka kat cermin. Haha!

For info, aku dapat detect kulit muka aku jenis yang macam mana lepas berbulan-bulan stick to one product. Safi Sari Gamat ni antara yang agak lama juga aku guna. Lepas tu baru aku sedar kulit aku ni kering ke, berminyak ke, sensitive or combination. So far aku perasan kulit aku jenis combination. Ada masa dia kering sampai menggelupas kulit, ada masa dia lembab berminyak kalau berpeluh-peluh. Sometimes aku sendiri pun confused either nak guna skincare for oily skin or dry skin. Kebanyakan masa aku decide nak guna what product on what time bila dah baca quite a lot of product review by blogger in Asia which is in Malaysia, specifically. For me, susah nak tahu kesan sesuatu produk tu even though ramai blogger share their experience sebab I don't even know how long they're using those product, career environment dia orang macam mana, disiplin or konsisten ke tak blogger-blogger tu guna skincare depa, bla bla bla... Am I right? 

Maka, aku eksperimen macam-macam skincare product kat kulit muka sendiri untuk lebih kepastian. Since kulit muka aku sekejap kering dan sekejap berminyak, aku sangat eager dengan ingredients yang terkandung dalam pencuci muka, scrub, toner, day and night cream yang aku pakai everyday. Kalau boleh most of the products biarlah yang menggunakan natural remedies such as aloe vera for example. Currently aku guna skincare jenama Good Virtue Co. from Malaysia and ambil vitamin C as supplement. Nak kata baru tak juga. Adalah dalam few months or years produk ni kat pasaran if not mistaken, perhaps? Salah satu sebab aku nak try GVC is because dia guna black seed (habatussauda) as main ingredient. Best ke tidok guna GVC ni? Macam mana kesan dia kat kulit combination macam aku? Till the next next next review ;)          

Wednesday, 24 May 2017

love hate occupation

Aku mula jejakkan kaki ke alam pekerjaan seawal tahun 2009. Mula-mula aku jadi budak intern je, disuruh-suruh dan diarah-diarah. Tak kisah sangat atau ambil hati langsung pun sebab aku memang nak belajar dan timba pengalaman kononnya. Tamat tempoh internship dalam 3 bulan macam tu, aku diserap jadi staff. Kerja apa? Broadcast Journalist a.k.a Wartawan Penyiaran untuk online tv.

Tahun 2011 aku dapat better offer kat company lain where is online tv juga. Jawatan sama, gaji up sikitlah. Seronok. Tak lama lepas tu naik pangkat pulak as Producer. Gaji pun naik lagi. Maka seronoklah lagi. Kerja bidang media ni banyak kena pi outstation. Keluar sana sini, jumpa lain-lain orang dari pelbagai lifestyle and background. Aku serasi sungguh dengan kerjaya aku sampailah penghujung tahun 2015 aku resign dan jadi suri rumah. Bukan sebab dah tak minat cuma waktu tu aku berada dalam situasi di mana aku perlu memilih antara family dan career. Memandangkan aku baru beranak, aku pilih untuk berhenti kerja buat sementara waktu. Suami tak kisah, aku on je. 

Bulan demi bulan, anak aku pun makin rapat dengan aku sebab maknya tak bekerja. Tiap masa ada depan mata. Bonding kami anak beranak bertambah kuat tiap hari. Aku perasan aku sendiri pun makin selesa jaga anak full time. Rasa puas dan berbaloi tengok anak membesar depan mata. Tapi zaman sekarang ni mana boleh tak bekerja, kan? Cost of living tinggi sangat tak masuk akal. Kesian dengan suami cari duit sorang, aku decide nak kerja balik. Tapi aku tak kerja bidang media lagi sebab aku rasa tak sesuai untuk perempuan berkahwin yang ada anak lebih banyak habiskan masa kat tempat kerja atau tempat assignment berbanding dengan family kat rumah. 2-3 kali juga aku bertukar kerja (kebanyakannya bahagian administrative). Antaranya sebab working hour, anak aku jenis mengempeng waktu baby, gaji tak bersesuaian dengan masa yang aku habiskan atas jalanraya pagi petang dan macam-macam lagilah. Dalam tempoh setahun, kerja dan berhenti kerja and then dapat kerja balik kat tempat lain dah jadi rutin aku. Interview jangan cakaplah. Berbelas-belas juga aku attend sebab aku memang nak bekerja dan kalau boleh kerja tu biarlah ada work-life balance. 

Alhamdulillah, Tuhan makbulkan permintaan aku. Sekarang aku jadi admin je kat satu company bumiputera tapi kepala otak aku tak runsing. Kebanyakan masa aku dapat balik on time (pergi kerja terang, balik kerja masih terang), work-load tak banyak sangat, tak perlu OT, hari Jumaat boleh balik setengah jam awal daripada waktu balik biasa, staff semuanya friendly and macam family. Tak perlulah nak dibandingkan gaji yang aku terima each month dengan keselesaan yang aku dapat rasa tiap-tiap hari ni. Gaji tinggi pun nak buat apa kalau mental dan fizikal terbunuh sikit demi sikit selama bertahun-tahun? 

Aku tahu ramai terkejut dengan keputusan aku. Tapi aku selesa dengan jalan hidup yang dah diaturkan Tuhan. Aku rasa ada baiknya orang-orang yang underestimate tindakan orang lain ni risaukan diri sendiri sebab hampir setiap hari suami dan anak-anak kau orang makan air tangan mamak atau bibik Indon. 

review: imaan suci facial wipes

Aku suka make-up tapi malas nak remove make-up. Jadi, aku sentiasa research dan tercari-cari produk pembersih make-up yang memudahkan kehidupan harian from time-to-time. Selalunya aku remove make-up guna make-up remover jenis liquid. Psychologically, rasa bersih dan puas. Tak lama lepas tu ada make-up remover jenis wet tissue pulak bersepah-sepah kat pasaran. Aku cuba juga sebab nak jimatkan masa. Lagipun, working environment (di waktu itu) memerlukan aku kerap outstation and do outdoor shooting. Maklumlah, budak media kan.. For sure kulit muka cepat berpeluh dan berminyak. Not bad juga bersihkan make-up guna wet tissue atau facial wipes sebab tak lain tak bukan disebabkan saiznya yang kecil, ringan dan senang dibawa ke sana sini. Sumbat je dalam handbag and then you're ready to go!

Baru-baru ni officemate tempat kerja baru introduce Imaan Suci Facial Wipes kat aku. Aku beli trial pack tanpa banyak soal sebab dia ejen produk ni selain nak support bisnes kengkawan. Haha! Bukanlah nak bodek atau apa, tapi kesan penggunaan wet tissue ni aku dapat rasa seawal kali pertama penggunaan. Baru cuba sehelai dah dapat rasa perbezaan jika dibandingkan dengan previous brand yang aku pernah cuba. Orang lain aku tak pasti, tapi lepas cuba sendiri facial wipes ni, kulit muka rasa bersih sangat. Tak perlu guna pencuci muka dah lepas tu especially time nak solat kat office. Selain tu, ada efek sejuk dan lembab lepas pakai tapi bukan berminyak which is secara tak langsung buat muka rasa segar. REFRESHING. Yes. That's the word. Kulit muka pun tak rasa panas atau pedih macam certain wet tissue. Mungkin sebab tak ada kandungan alkohol, ingredients dia blend well kat kulit muka dan tak menampakkan sebarang kesan negatif. Walaubagaimanapun, bagus kat kulit aku belum tentu sesuai kat kulit orang lain. Nak tahu elok atau tak kat kulit masing-masing, kenalah cuba dulu. Kalau serasi, teruskan. Kalau tak serasi, sedekah kat aku. Hehe..  

Packaging dia macam ni. Cute, isn't it?


Anyway, selain facial wipes, mereka juga ada family wipes untuk kegunaan seisi keluarga termasuk bayi as well as feminine wipes untuk golongan perempuan macam aku dan kau. Dua produk ni aku review kemudian sebab aku sendiri pun belum try lagi. Till then.

Monday, 22 May 2017

skincare 1.0

Perempuan dan skincare tak dapat dipisahkan. Even though malas macam mana sekalipun atau tak ada disiplin untuk bersihkan muka ikut step yang betul setiap hari, tak sah kalau tak bazirkan duit beli skincare kalau jejakkan kaki ke Watsons atau Guardian misalnya.

Cakap pasal skincare, aku salah seorang daripada beribu perempuan kat luar sana yang tak konsisten dalam bab penjagaan muka. Mungkin kulit muka aku jenis tak bermasalah sangat, sebab tu aku jadi malas. Bila muka naik jerawat dan kusam, barulah kelam kabut nak follow skincare regimen secara konsisten.

Zaman sekolah menengah dulu adalah zaman di mana aku berdepan masalah jerawat yang superb teruk. Like, SUPERB TERUK. That's normal untuk remaja perempuan yang dah matang, I guess. Hormone issue. So macam biasalah, bought and tried various range of skincare to eliminate acne tapi tak berkesan. Duit pun habis banyak. My acne problem gone after quite some time guna produk Safi Sari Gamat (Google for more info). Once muka dah takda acne, kulit jadi kering menggelupas bila proceed guna set ni.

So, apa jadi lepas tu? I decided to change another skincare range (again) called Hada Labo. Aku tertarik dan terpedaya dengan salah satu produk dia yang ala-ala 'miracle water' from produk mahal SK-II tu. Believe me, it works well untuk lembabkan kulit. Lama juga aku guna Hada Labo ni. Repeat sampai 2-3 kali bila dah habis sampailah ke fasa pregnancy. Lepas tu macam biasalah, aku tukar-tukar skincare lagi sepanjang tempoh mengandung tu. Mungkin sebab tak tahan tengok packaging, iklan atau review beauty blogger kat Malaysia ni. Pembawakan pun ye juga aku rasa. Mujur kulit muka elok je tak bermasalah sangat time tu. So, pakai apa pun takda sebarang kesan tak elok kat kulit. Antara produk yang aku cuba waktu tu temasuklah set pemutihan Safi, SK-II and Safi Rania. Mostly aku guna jenama Safi sebab ingredients dia mild, tak harsh sangat kat kulit. Waktu tu aku tak dapat nak kritik or komen pasal keberkesanan semua produk yang dicuba sebab aku guna untuk short-term je.

Bila dah beranak, masalah jerawat aku datang lagi right after confinement sebab aku dah mula tak jaga food intake. Ditambah pula stress dengan dunia baru sebagai new parents. Skincare apa pulak yang aku guna untuk selesaikan hal ni? To be continued...

Sunday, 21 May 2017

sekilas

Aku mendirikan rumahtangga waktu berumur 27 tahun. Melahirkan anak pertama pada usia 28 tahun dan di usia 29 tahun hingga kini (awal 30-an), aku masih dalam proses adaptation terhadap perubahan yang berlaku dalam kehidupan di mana aku rasakan seolah-olah sangat lama tapi drastik. Bayangkan, dalam tempoh kurang 5 tahun, bermacam fasa sudah dilalui. 5 tahun tu ibarat 15 tahun untuk aku yang mempunyai seorang anak perempuan (21 bulan) yang sangat-sangat aktif as well as full of energy!

Ada yang cakap budak perempuan kalau lasak atau tak duduk diam ni sejenis yang bijak sebab akal dia sentiasa berjalan. Ada juga yang cakap budak yang dilahirkan secara c-section ni pandai sebab kepala dia tak terusik atau tertekan (terganggu) waktu proses kelahiran tu. Aku redha je dengan rezeki Allah. Kalau statement tu betul, aku anggap itu satu bonus untuk seorang mak macam aku. Apa yang pasti, tanggungjawab setiap perempuan yang bergelar ibu terhadap anaknya takkan pernah habis. Ya. Sampai bila-bila.