Tuesday, 3 March 2020

keep life simple

These few days hangat betul kisah politik kat negara kita sampai senyap sekejap berita pasal COVID-19 yang membahayakan nyawa tu. Even though aku ex-media practitioner yang pernah bekerja sebagai reporter politik, aku sendiri pun ambil tahu gitu-gitu je. Malas nak beriya-iya sangat sebab apa pun yang berlaku, aku dan kau orang semua tetap kena move on dan teruskan kehidupan macam biasa. Setuju atau tidak, kita tak ada special power or pengaruh untuk mengubah apa-apa perkara yang kita tak suka. Dah mengundi pun kerajaan boleh bertukar tangan begitu saja, ye dok? LOL

Lately, ekonomi pun a little bit too suram. Bukan ekonomi negara je, malahan ekonomi diri sendiri. Kalau kau tak merasainya bermakna kau bukan orang biasa-biasa kot. Bersyukurlah. Cuma apa yang aku boleh kata, kita ni susah macam mana sekalipun, PLEASE UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. 

Aku tak larat tengok remaja dan belia zaman sekarang hidup bermewah-mewah, show off sana sini tentang apa saja. You keep on doing what you like tanpa memikirkan pros and cons or any other consequences of it in life. Remember to not doing something for the sake of your social media feed. Bersederhanalah dalam apa jua perkara. Kalau gaji kau RM2500, belilah kereta berharga lebih rendah daripada itu. Kalau expenses kau melebihi pendapatan, of course, hidup kau akan susah. Stress dan penyakit bukan-bukan tetiba menyerang. Bagus ke macam tu? Tak, kan? So, keep life simple then you can enjoy it. Kalau rezeki tu bukan sekadar duit, nak enjoy life pun tak semestinya kena guna duit. 

Badan gemuk sebab makan banyak misalnya menjadikan kita stress tengok orang lain punya body cun melecun (bikini goal). Nak make sure kita tak stress kerana itu, pergilah enjoy life dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menurunkan berat badan such as jogging, exercise and anything possible. Focus on the positive.