Wednesday, 20 November 2019

mentality + attitude

Gais, tiber rasa terpanggil nak share pasal facilities kat shopping mall or supermarket. Tiap bulan aku selalu beli barang keperluan kat Tesco. Bukannya murah sangat pun harga barang-barang kat situ. Tapi, memudahkan dari segi parking which is memang aku titikberatkan sangat-sangat sebab nak beli barang biasanya aku kena bawa anak kecil. Parking yang menyusahkan memang aku tak gemar. Tak kisahlah mall or supermarket tu berkali ganda murah harga barangan dia pun. Most of the Tesco yang aku suka pergi majoriti parking space dia jenis free, tak berbayar. Padahal, barang keperluan kat 99 Speedmart lagi murah. Tapi nak buat cemana kalau dah kedainya kat tepi-tepi rumah orang dan parking lot pulak limited. Actually, parking tepi jalan tu aku tak kisah lagi. Cuma kalau dah limited sangat pastu terpaksa pusing berkali-kali tak ke buang masa semata-mata nak dapatkan satu parking lot sedangkan kekadang tu sekadar nak beli roti Gardenia sebungkus je uols.

Parking space tu satu hal. Cer kau imagine, dah beli barang sejam dua dalam mall or supermarket tu, tiber rasa nak buang air pulak. Of course kita akan menggelupur cari toilet. Dan, mendukacitakan betul bila pergi toilet, toilet pulak kotor tahap dewa. Tak boleh diterima akal dia punya kotor tu. Bila ada anak kecil ikut sekali kita beli barang, tak ke payah nak handle? Flush rosak, dah terberak baru perasan pulak. Kadang tu takda baldi pulak nak tampung air untuk jirus emas-emas dalam lubang jamban tu. Aduhh semak kepala otak! Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ni nampak remeh. Tapi itu melibatkan kebersihan. Kalau kau seorang Muslim, tak mungkin kau orang tak tahu pasal kepentingan menjaga kebersihan. Memang hajat kita dah tertunai, tapi kena ada common sense juga fikirkan tentang orang lain yang akan guna jamban tu selepas kita tak kira orang tu Muslim, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain agama atau bangsa. Hal ni yang aku selalu pening kepala bila keluar beli barang kat shopping mall or supermarket. Sometimes sanggup tunggu sampai rumah untuk membuang sebab geram pulak dengan attitude orang kita (Malaysian) yang kencing atau berak tak flush, lantai dah basah dan kotor teruk kena tapak kasut takda inisiatif untuk siram, tisu buang dalam jamban, pad penuh darah haid tak bungkus tapi terus campak dalam tong Rentokil tu. Ish. Mesti kau orang pun perasan dan biasa tengok situasi ni.

Tapi itulah. Dalam 10 orang, aku rasa 8 atau 9 yang berfikiran "takpe, cleaner boleh bersihkan". Nak dapatkan seorang yang boleh berlebih kurang untuk tolong bersihkan toilet tu sikit-sikit sebelum orang lain guna selepas dia tu payah gila kot. Sebab tu public toilet kat seluruh Malaysia ni susah nak nampak bersih. Sebab lebih ramai bermentaliti "bukan kerja aku untuk bersihkan toilet ni" or "takpe, ada cleaner boleh buat" berbanding yang suka fikirkan orang lain macam aku ni. Haha. Kita kalau faham, janganlah buat benda yang sama. Walaupun orang yang guna toilet sebelum kita tu seolah-olah macam tak sekolah, kita pun tak perlu ikut sama macam tak pergi sekolah. Jadilah manusia yang ada kelas sikit.

Aku memang gemar membebel pasal common sense dan mentality sebab aku rasa Allah tu dah cipta kita semua ni sebaik-baik manusia. Sekalipun kita tak bijak dalam pelajaran, takkan hal-hal semasa yang selalu kita hadap hari-hari tak boleh nak perform elok-elok sikit, kan? Takkan sampai tahap itu je kita mampu fikir dan buat? Think about it.