Thursday, 4 April 2019

perawatan islam

Berapa ramai agaknya di antara kita (khususnya Melayu) yang amalkan perawatan Islam sebagai alternatif dalam perubatan? Mesti ramai cuma nampak tak ketara sebab ada yang malu nak share, tak nak orang tahu dan macam-macam alasan lagi. Aku memang memilih perawatan Islam as an opt to modern medication. Paling penting, perawat-perawatnya guna ayat-ayat suci Al-Quran, bukan melibatkan jampi serapah, kemenyan dan minta pengeras bukan-bukan tu. Too much of bahan kimia from pills and so forth pun tak bagus juga untuk badan. Tapi bukanlah taksub sampai tahap tiap-tiap bulan mesti pergi jumpa ustaz/ustazah kat mana-mana pusat perawatan Islam sedangkan cuma batuk selesema je pun. Itu melampau sangat tu. Haha.

Bila perlu dapatkan rawatan di pusat perawatan Islam?

Bergantunglah penyakit kita macam mana or apa yang sedang kita hidapi. Aku hanya akan pergi untuk rawatan yang tak boleh diubati menerusi sains such as gangguan ke, sihir ke dan yang sewaktu dengannya. So far Alhamdulillah, aku pergi bukan sebab masalah tu semua tapi lebih kepada nak dapatkan air penawar untuk anak aku dan lebih kepada hal-hal kerohanian saja. Budak-budak biasalah. Mak-mak dan bapak-bapak je faham kenapa perlu ada air-air penawar segala.

Fyi, Darussyifa adalah pusat perawatan Islam under arwah Ustaz Harun Din yang aku suka pergi. Fyi lagi, kat Malaysia ni hanya 2 'brand' perawatan Islam yang berdaftar di bawah Jakim which is Darussyifa and another one di bawah naungan Ustaz Ismail Kamus. Selain daripada tu semua tak berdaftar sekalipun ia famous sampai masuk TV dan newspaper bagai. Itu menurut kata salah seorang perawat di Darussyifa punya HQ kat Bangi setakat entri ini ditulis. Kalau betul, betullah. Kalau tak betul, tak betullah apa aku sampaikan ni sebab yang bagi tahu aku pun ustaz tu, bukan aku create cerita. Lepas-lepas ni mungkin akan ada pusat perawatan Islam yang ambil inisiatif untuk register organisasi mereka. Wallahua'lam.

So, andai katalah you all or family member you all ada apa-apa penyakit yang dah lama ulang alik hospital dapatkan rawatan tapi masih tak nampak perubahan atau peningkatan ke apa, cubalah ikhtiar cara Islam pulak. Tak rugi pun mencuba. 

Wednesday, 3 April 2019

dah 2019

Wow, pantasnya masa berlalu.

Rindu nak mencoret sesuatu tapi terlalu banyak terlintas di fikiran sampai tak tahu nak mulakan yang mana satu. One thing for sure, bye 2018. Antara tahun yang banyak meninggalkan seribu satu rasa dalam hati sanubari. Tahun-tahun sebelumnya pun sama juga. Tak ada yang tak meninggalkan kesan dalam hidup. Haha.

Pejam celik, dah masuk bulan keempat dalam tahun 2019. Belum sampai setengah tahun, macam-macam hal berlaku di sana sini especially bab pekerjaan. Malas nak share panjang-panjang. Cukuplah aku saja yang tahu dan berjaya survive sampai ke hari ini. Jumpa di post seterusnya. Moga banyak perkara atau product review atau thoughts yang bermanfaat aku dapat share untuk yang notice dan baca blog ni.