Ibu-ibu yang dah beranak pinak memang excited kalau bercerita pasal anak-anak from A to Z. Aku pun sama. Orang lain aku tak pasti, tapi setiap kali aku cerita pasal parenthood experience kat kawan-kawan atau relatives, tujuan aku hanya satu - nak share pros and cons terhadap apa yang aku lalui dalam membesarkan anak. Sikit pun tak terlintas nak berlawan-lawan dengan sesiapa, jauh sekali nak banding-bandingkan produk apa yang anak aku dan anak orang lain guna.
Breast Milk vs. Formula Milk.
Topik ni selalu jadi perdebatan di kalangan ibu muda zaman sekarang dan seperti orang lain, aku pun ada pandangan tersendiri tentang perkara ni. Personally, aku sangat-sangat menyokong penyusuan susu ibu. Tapi tak bermakna aku membenci mereka yang bagi anak-anak minum susu formula. Aku ada seorang anak. So, melalui anak pertama inilah aku explore dan belajar banyak perkara berkaitan parenthood termasuk penyusuan.
Back to milk issue, aku memang dah set kat minda nak breastfeed anak sampai umur 2 tahun - mengikut Islam. Tapi aku tak letakkan specific age untuk anak aku menyusu badan sebab aku masih baru dalam dunia keibubapaan dan tak sure condition badan aku macam mana. Kalau berjaya sampai umur 2 tahun, alhamdulillah. Kalau tak, it's okay. Pendek kata, aku ni sejenis emak yang fleksibel. Hari pertama anak aku lahir hingga sebulan lebih macam tu aku memang fully breastfeed dia. Aku tak ada ilmu penyusuan yang bagus. Waktu awal-awal ada anak, aku cuma tahu nak bagi dia kenyang. Banyak atau sikit kuantiti susu badan pun aku tak tahu nak pastikan. Apa yang aku tahu, anak aku mesti akan terberak lepas sejam dua menyusu. So, secara logik aku anggap susu aku 'ada' dan 'cukup' untuk dia. Unfortunately, keterujaan nak bagi anak menyusu badan secara eksklusif tu tak lama sebab menjelang 2 bulan, aku dah mula notice anak aku jenis kuat menyusu dari biasa dan selalu tak puas. Sepatutnya semakin kerap menyusu, susu akan bertambah banyak. Tapi anak aku ni lain sikit. Terlalu kerap menyusu sampai kilang susu nak keluarkan production baru pun tak sempat.
So, bermulalah journey formula milk dalam hidup anak aku. Wait. Walaupun aku bagi susu formula, tapi aku tak wean-off breastfeeding. Jangan silap. Aku alternate dengan formula milk bukan sebab tak ada atau tak cukup susu, tapi disebabkan pelbagai faktor. Antaranya sebab tak cukup rehat masa dalam pantang. Badan jadi letih lesu lepas tu tak larat nak pump susu ikut jadual yang sepatutnya. Maka, pengeluaran susu badan aku sangat terhad sedangkan permintaan daripada anak aku terlalu tinggi. Macam kilang I could say. Production dah habis licin, permintaan tak henti-henti. Dalam proses nak tambah production, terpaksa jual apa yang ada dulu untuk puaskan hati customer. Macam tulah aku ibaratkan situasi aku dalam menyusukan anak. Ditambah pula dengan stress menjalani rutin harian, aku tewas. Untuk menampung keperluan, aku dan suami terpaksa bagi anak minum formula milk dalam usia yang tersangat muda which is kurang 2 bulan if not mistaken.
Bagi parents yang gila-gila dan bermati-matian tak nak bagi anak formula milk walaupun setitis, aku salute sangat-sangat. Cuma ada masa-masa tertentu 'kegilaan' kau orang ni berlebih-lebihan dan melampau-lampau hingga menyebabkan orang lain annoyed. Cara kau orang memperjuangkan exclusive breastfeeding tu sangat berkobar-kobar sampai tak sedar tindakan dan apa saja statement yang keluar dari mulut kau orang tu seolah-olah menunjukkan ibu-ibu lain yang tak fully breastfeeding or half breastfeeding ni macam pendosa abadi pulak.
Breastfeeding memang menjimatkan. Breastfeeding bagus untuk antibodi anak. Aku setuju dengan segala statement positif tu.Tapi, ramai sangat yang taksub sampai tiap-tiap hari nak upload gambar susu tetek kat social media. Mungkin nawaitu kau orang bagus which is nak naikkan semangat ibu-ibu lain kat luar sana untuk lebih rajin pump susu and what-so-ever but for me, bukan semua perempuan yang ada anak, breastfeeding. Ada yang tak mampu sebab penyakit atau lain-lain masalah. Kalau mereka tak ada masalah kesihatan sekalipun dan memilih untuk tidak breastfeeding, itu terpulang pada diri individu berkenaan. Pejuang penyusu (breast milk) tegar janganlah bertukar jadi hulk atau marah-marah orang yang tak breastfeed anak mereka sambil menuduh mereka selfish dan sebagainya kerana satu masa nanti kau juga akan melalui proses bagi anak minum formula milk sebab bukan selamanya anak-anak membesar dengan susu badan. Andai kata anak kau orang tak nak or tak boleh terima susu badan waktu umur 5 bulan misalnya, dah tentu kau akan cari alternatif lain dengan memberi susu formula supaya anak kau tak kebuluran.
Kesimpulannya, bersangka baik saja. Nak galakkan ibu-ibu kat luar sana tu boleh, cuma jangan sampai mengguris perasaan mereka. Tak perlu berdebat, tak perlu show-off apa-apa pun pasal breastfeeding ke, formula milk feeding ke kerana pilihan dibuat ikut condition and flow anak kita macam mana. Kalau bagi susu lembu sekalipun lepas tu tak serasi, terpaksa bertukar ke soy based milk jugak. Eh, macam-macamlah! Whatever it is, selamat berlapang dada ye..