Happy 2017. Sedikit terlambat tapi belum terlewat sangat. Semoga yang baik-baik saja menanti di depan sana.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, azam aku cuma satu - nak cepat habiskan hutang. Almost few years aku tahan keinginan untuk pelbagai perkara dan tindakan itu membolehkan aku kurangkan hutang ke tahap yang sangat minima. Pendek kata, muda-muda lagi dah lapang dada sikit bab kewangan ni walaupun gaji bulanan taklah banyak mana.
Tipulah kalau aku tak teringin ke sana sini dan berbelanja mewah macam orang lain. Nama pun manusia biasa. Nafsu tu tak pernah lekang. Tapi aku paksa diri untuk fikir positif dan rasa bersyukur tiap kali aku buat perbandingan hidup dengan orang lain yang jauh lebih susah dari diri sendiri. Tak salah bersangka baik, kan?