Wednesday, 13 December 2017

review: good virtues co. skincare

Sebelum ni aku pernah review pasal Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel dan kulit muka aku kering lepas guna pembersih muka tu. Sebelum tu juga aku ada share pasal masalah jerawat dan skincare Safi Sari Gamat yang aku guna untuk hilangkan jerawat, seterusnya bertukar kepada skincare jenama Good Virtues Co. (GVC). Tapi belum pernah review sebab kesannya lambat sangat sampai tak sure berkesan ke tak sebenarnya kat kulit aku. Rasanya macam tak ada perubahan. LOL. Now, aku pun dah bertukar guna skincare lain, baru terasa nak share pengalaman guna skincare GVC ni.


Brightening Facial Cleanser

Brightening Facial Scrub

Purifying Makeup Remover
Brightening Facial Toner, Brightening Day Cream, Brightening Night Cream, Brightening CC Cream

Honestly, selain packaging yang menarik dan colorful, aku guna skincare GVC sebab nak cerahkan kulit. Kulit putih tak semestinya cantik. Ye, aku biasa dengar statement ni even though dari kawan-kawan terdekat. Actually, aku nak cerahkan kulit sebab nak bagi sekata dengan tona kulit badan je uols. Haha. Bukannya aku benci kulit gelap. Kulit gelap kalau bersih dan takda skin problem dah semestinya aku suka juga. Aku dilahirkan dengan kulit yang cerah. Makin dewasa, kulit jadi gelap and kusam especially bahagian muka. Maklumlah, terdedah sana sini. So, rasa tak best. Maka, aku pun beli dan cuba brightening set brand GVC setelah mencuba bermacam-macam jenis produk sebelum ni. Makeup remover, pencuci muka, scrub, toner, day cream, night cream and CC cream. Complete set aku beli! Ko rasa? 

Walaupun belum tentu serasi dengan kulit, aku tetap beli full set sebab selama ni aku cuma tekankan part pembersihan muka. Penjagaan selepas membersihkan muka tu aku tak take serious. Mungkin sebab tu kulit aku tak mencapai piawaian yang aku inginkan. Hihi. Sampailah satu masa aku rasa natural moisture kat kulit aku langsung takda except kat t-zone, waktu tu menggelabah aku research and survey produk lain untuk selamatkan balik kulit yang sensitif ni. Why aku kata sensitif? Dulu kulit muka jenis berminyak. Lepas guna skincare for oily skin, kulit jadi separuh berminyak, separuh kering dan kusam pulak. Erti kata lain, combination skin. Personally, combination skin susah nak jaga. Aku sendiri pun confused either nak beli skincare untuk oily skin, dry skin or kedua-dua sekali. Seriously confusing. Lama-kelamaan kulit pun jadi sensitif. Pedih, panas, menggelupas dan macam-macam hal!

Produk GVC dah lama ada jual kat Watsons. Tak pernah rasa nak try until aku research kat website dia and baca beauty blog. Rupanya GVC ni made in Malaysia. Main ingredient dia habbatus sauda. Bermula dari situ aku rasa positif nak try brightening series dia dan betul-betul serius nak jaga muka secara konsisten. Almost 2-month  aku guna, tak banyak improvement. Satu yang aku sangat sure, kulit muka aku akan cerah selepas cuci muka dan tepek krim-krim dia. Itupun makan masa. Nak dekat dua bulan baru nampak beza. Dua bulan beb. Bila berpeluh, the skin come back to normal. Menggelap. So, aku assume tak sesuai dengan skin aku kerana kesannya tak seperti yang diharapkan. However, aku masih teruskan pakai sebab belum decide nak tukar produk apa as well as kulit pun tak naik jerawat. After quite some time, GVC ni semakin mengeringkan kulit. Produk memutihkan kulit mostly akan gelupaskan sel kulit mati untuk pertumbuhan kulit baru yang lebih baik. Tapi terpaksa bertahan sebab proses ni boleh menipiskan kulit tanpa disedari. Bila kulit dah nipis, terasa pedih dan panas bila apply make-up. Stress sangat! 

Aku stop guna GVC beberapa hari sebelum bertukar ke skincare lain. Sepanjang few days 'rehatkan' muka tu, aku cuma basuh muka pakai hirisan lemon dan bilas dengan air paip biasa. Pakai lemon pedih sikit. Aku buat-buat gigih je tenyeh lemon tu kat muka asalkan kulit tak kering secara drastik. Pening sungguh perjalanan aku dalam mendapatkan kulit muka yang diidamkan. Wahahaha! Terpaksa beli dan cuba macam-macam produk sampai jumpa yang betul-betul serasi dan tepat untuk kulit. GVC ni aku sempat beli dua kali kat official website dia. Again, full set. Tapi apakan daya, jodoh tak lama. Huhu..

Orang lain guna mungkin sesuai tapi tidak bagi aku selepas sebulan lebih nak dekat dua bulan penggunaan macam tu. Horrible muka aku! Although tak serasi, GVC ni tetap ada sedikit kelebihan which is muka akan rasa sentiasa bersih walaupun kurang lembapan. Sayangnya, bersih saja tak cukup kalau tak ada lapisan perlindungan. So, yeah. Thanks a lot kerana berkhidmat dengan 'okay' sepanjang sebulan pertama penggunaan. Sudahnya terpaksa ditinggalkan. Sobs.

Tuesday, 7 November 2017

online shop (kategori tudung awning)

Menjadi seorang ibu memerlukan aku bergerak dan bersiap pantas setiap kali nak keluar ke mana-mana. Aku akan rasa sangat teruk bila anak dan laki aku siap awal dari aku, lepas tu dia orang tunggu aku bersiap dalam kereta. Orang lain mungkin ok je tapi tidak bagi aku. Bila situasi tu berlaku, aku rasa sangat tertekan. Haha! Usually time nak pakai tudung je yang lambat sebab ambil masa lama untuk lilit-lilit. At the end, tudung tu tetap tak menjadi seperti apa yang aku harapkan bila dah keluar dan sampai ke destinasi yang dituju. Yes, memang sia-sia. Banyak masa aku terbuang depan cermin untuk lilit tudung semata-mata padahal kesudahannya menghampakan.

Even though fesyen tudung sekarang dah maju dan trendy, aku anggap penggunaan tudung sarung yang ramai perempuan muda tak minat iaitu tudung awning atau kata lainnya, tudung 'mak-mak' and 'makcik-makcik' masih relevan. Tak style kata kau? Lantak! Mungkin yang bergaya sakan dengan fesyen dan style tudung ala-ala perempuan Arab tu dia ada maid yang tolong tengok dan jaga anak time bersiap. Mungkin laki dia memang skema sanggup menunggu lama sambil layan anak. Mungkin dia memang pro bab lilit-melilit shawl. Mungkin masa bukan priority dia sedangkan aku memang tak suka bazir masa. Seboleh-boleh memang nak siap laju-laju, lepas tu dapat buat urusan lain. Oleh itu, aku nak share sikit beberapa website yang ada jual tudung sarung atau tudung awning makcik-makcik bak kata kau orang tu hah.. Semoga bermanfaat kepada mak-mak orang yang sentiasa nak cepat especially sekadar nak pergi pasar, rumah mertua, siram pokok luar rumah, sidai pakaian kat ampaian dan aktiviti-aktiviti sewaktu dengannya. 

3. Airissh  

Kat atas ni is the best 3 website yang aku suka beli. Kalau ada  website lain, aku akan update lagi dan lagi. TAPI, fokus entri ni bukanlah bermakna aku galakkan perempuan-perempuan yang dah bersuami, berkeluarga dan bergelar mak orang supaya berpakaian ala kadar especially bab tudung. Sepanjang masa mesti kena melawa cuma biarlah bertempat nak pakai tudung style 'seksa-seksa' tu ye kengkawan. Haha!

Saturday, 4 November 2017

review: chriszen O2 bubble cleansing gel


Lately, semangat aku nak review product berkobar-kobar semacam. Nak kata pembawakan mengandung, aku tak mengandung pun. Haha! Harap-harap bergunalah untuk kau orang kat luar sana yang suka research dan baca pasal product review sebelum decide untuk beli dan guna sesuatu produk tu. 

Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel ni aku baru cuba sekali. Memang tak patut untuk aku review, actually. Tapi tak sabar nak share sebab kesan dia kat kulit muka aku tersangatlah cepat, tak perlu tunggu berminggu-minggu or berbulan-bulan. Aku decide nak try produk ni sebab aku rasa current skincare yang aku guna (Good Virtue Co) macam tak berapa berjaya menghilangkan kusam kat muka. Aku takda masalah jerawat yang kritikal. Sesekali kalau datang bulan tu barulah naik jerawat. Itu pun seketul dua je dan kecil. Bukan the whole face. Tapi, masalah kulit kusam yang aku alami macam tak berkesudahan.  

Memandangkan aku ni bukan jenis penyabar orangnya, aku keep on survey produk yang boleh hilangkan kusam. Apa hal aku sibuk sangat nak cari produk untuk hilangkan kusam? The reason is, kulit badan aku jauhhh lebih cerah daripada kulit muka. Perempuan zaman sekarang ramai yang putih tang muka tapi kaki dan tangan dia orang gelap. Aku pulak terbalik. Awal-awal dulu aku fikir positif je sebab bahagian muka kan terdedah. Memang selalulah kena sinaran matahari dan sunburn. Lama-kelamaan macam menjadi-jadi pulak tone warna kulit muka aku. Kusam teruk! Pakai apa pun tak jalan. 

Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel ni tak claim pun boleh hilangkan kusam kat muka. Tapi aku nak rasa sendiri efek oksigen terapi yang digembar-gemburkan tu. Manalah tahu dengan cara tu dapat kurangkan kusam. Aku bukannya nak kulit putih melepak sangat macam Adira AF atau Eina Azman. Cukuplah sekadar warna kulit muka tu tak jauh beza dengan kulit badan aku yang kuning langsat tu. 

Most of the product yang aku guna tak nampak kesan bila baru guna sekali. Yang ni miracle betul. Lepas apply in few minutes dan bilas dengan air paip biasa, muka aku jadi cerah dan rasa bersih seolah-olah segala daki makeup kat kulit tu dihakis keluar. Sekaligus, kurang sikit kusam kat muka aku. Itu positive part. Negative part pulak, kulit jadi kering sangat lepas guna even though baru sekali application. Acane tu?

So, hasil eksperimen kat kulit sendiri, aku dapat simpulkan that this product is not really suitable for my skin and not that wasteful either. Memandangkan kulit muka jadi kering teruk sampai minyak semulajadi kat muka pun hilang terus, aku plan untuk guna produk ni sebagai makeup remover only. Sapu je, tunggu sampai proses oksigen terapi tu 'korek' keluar kekotoran kat pori-pori sampai bubble berhenti form and then bilas dengan air bersih-bersih. Lepas tu pandai-pandailah nak lembabkan muka guna pelembab muka lain pulak. Since ia mengeringkan kulit, aku just guna air paip biasa untuk bilas. Kalau guna air suam, kulit rasa tak fresh dan makin kering. Kulit aku jenis combination. Kering + berminyak. So, aku memang suka bereksperimen dan pelbagaikan penggunaan sesuatu produk. Kalau tak berkesan kat muka, aku takkan terus buang atau stop using it. Paling tidak pun aku akan gunakan kat kaki. Haha! Kedekut weh! (Tak nak membazir sebenarnya)

Sedikit info yang Chriszen claim tentang O2 Bubble Cleansing Gel ni:

8 in 1 
1. Deep cleansing - YES. Tak perlu guna makeup remover berasingan, muka bersih macam baru lepas lap dengan makeup remover dan cuci dengan pencuci muka. 
2. Make up remover - YES. Sangat jimat untuk penggunaan long-term sebab bertindak sebagai pembersih makeup as well as pencuci muka. 
3. Cooling - NO. Tapi rasa pedih-pedih sikit waktu sapu kat kulit. Mungkin sebab lemon extract yang ada dalam ingredients dia.
4. Pore tightening - YES.
5. Brightening - YES. Instantly!
6. Oxygen therapy - YES. Yang ni paling cool. Rasa macam buat facial kat spa. 
7. Moisturizing - NO. Have to use moisturizer or something untuk lembabkan balik kulit kering.
8. Anti-wrinkle - NO. Since cleansing gel ni mengeringkan kulit, ia tak bertindak sebagai anti-wrinkle untuk aku. 

However, tak semestinya kulit muka aku kering bila guna produk ni, kulit muka orang lain pun kering. Jenis kulit kita tak sama. Make sure kau orang faham jenis kulit sendiri sebelum mencuba. Siapa yang berkulit kering macam aku mungkin tak berapa sesuai. Kalau nak try juga jangan salahkan review aku ni. Akak tak jamin ye dik non..

Aku beli ni kat Guardian dengan harga RM30/70ml. Selalunya bila survey kat review orang lain harga dia tak semurah ni. Mungkin ada promotion kot. Atau memang aku tak update sangat bab harga dan ml produk ni. Haha! Honestly, ini adalah produk Made in Korea yang kedua aku pakai selepas Galactomyces 100% Ferment Filtrate Natural Yeast. Produk tu aku beli je tapi jarang guna. So, aku tak review lagi. Nak tahu full ingredients of Chriszen O2 Bubble Cleansing Gel, bolehlah cuci-cuci mata kat mana-mana farmasi yang ada jual produk ni atau Google saje kalau malas. Aku malas. Sebab tu tak taip balik ingredients dia satu persatu. Plus, copy and paste dari page orang lain is not my style. Sangat biadap dan tak genuine. Huhu. Till the next review.

Monday, 30 October 2017

review: imaan slimming fruitea daily detox

Lama tak buat product review. Banyak produk tried and tested cuma tak berkesempatan nak share. Anyway, ini kali nak review pasal detox tea. Kat market macam-macam jenis detox tea ada. Sesuai atau tak je dengan penerimaan badan masing-masing. Terus terang, aku memang tak suka consume detox tea sebab aku ni sejenis yang tak konsisten. Mula-mula terlupa lepas tu terus jadi malas. Selain tu, detox tea tak boleh letak gula. For sure rasa dia yang tak berapa sedap tu buat aku rasa geli-geleman nak telan. Kalau letak gula, cemana nak berkesan. Ye dok?

Since umur dah menjangkau 30-an dan aku pun perasan berat badan makin bertambah dari hari ke hari (padahal baru beranak sorang), tetiba tersedar sendiri untuk jaga pemakanan dan consume produk-produk yang boleh tolong turunkan berat badan. Just like skincare, aku sangat-sangat mementingkan ingredient dalam any supplement yang aku akan makan atau minum sebab tak nak di masa akan datang timbul penyakit lain yang pelik-pelik pulok. Serammm!

So, sebagai permulaan dalam proses menurunkan berat badan, aku decide untuk consume detox tea walaupun hakikatnya aku tak berapa suka. Simple. Tak serabut. Tuang air panas pastu dah kembang dan suam sikit boleh terus minum. Kalau jenis tablet jauh sekali aku nak makan sebab aku memang bermasalah untuk telan-telan pil ni. Rasa macam tercekik something. Even though sekadar makan panadol. Haha!

Fikir punya fikir, pilih punya pilih, akhirnya aku pilih detox tea kat bawah ni sebagai langkah awal dalam proses nak turunkan berat badan (kononnya). Almost one month aku consume tapi tak nampak tanda-tanda berat badan aku menurun. Huhu..


Dipendekkan cerita, berat badan tak turun bukan sebab tea ni tak sesuai. Minum banyak kali pun takda masalah pun kat aku sebenarnya. Cuma kesannya kat badan aku berbeza. Orang lain minum mungkin boleh susut kalau dia orang disiplin and konsisten. Aku ambil secara konsisten pun tetap susah nak susut. TAPI, tea ni serasi kat aku dari aspek pembuangan toksin dalam badan. Tiap kali pekena secawan, aku akan rasa nak buang air kecil secara kerap. Urine tu pulak macam oily sikit, bukan macam urine biasa. Siap berbuih-buih gitu. Haa..janganlah geli pulak bila baca review aku ni. Dah nama pun review, aku share pengalaman diri sendirilah. At least kau orang tak adalah terkejut beruk bila nampak kencing sendiri kat lubang jamban tu lepas minum tea ni. 

Kesan pada urine ni tak lama. Sekali atau dua kali membuang, lepas tu dah tak ada minyak-minyak and buih-buih toksin tu. Mungkin bergantung pada diri setiap individu juga kot. Kalau kau memang jenis menjaga kesihatan dan pemakanan, tak adalah kesan yang sebegitu kat urine kau orang. Aku sejenis cincai. Makan pun tak berpantang, malas bersenam. So, aku rasa kesihatan dalaman aku memang tak berapa cantik hingga boleh mengeluarkan toksin dengan sangat mudah melalui urine. 

Rasa tea ni tak adalah teruk sangat sebab dibuat menggunakan natural ingredients iaitu daripada buah soursop, mulberry, passionfruit and candle bush. Lepas bancuh tu memang wangi je bau empat jenis fruits tu dan boleh menaikkan selera nak minum walaupun hakikatnya tea ni tawar je tak rasa apa-apa. One more thing, aku kalau dah minum tea ni tekak akan rasa kering semacam. Ala-ala exhausted gitu. Orang lain aku tak pasti. Makanya, aku akan minum plain water banyak-banyak lepas consume dan jalankan rutin harian macam biasa. As simple as that. Even though payah nak kurus, aku fikir positif jelah. Toksin keluar, badan sihat. Done!

Sunday, 15 October 2017

berkat

Straight to the point. Aku bukan Tuhan nak putuskan sesuatu perkara tu berkat atau tak berkat. Aku berfikir ikut common sense. Sebelum ni aku pernah bekerja di lima buah company berbeza. Btw enam company actually if ambil kira tempat aku kerja sekarang. Sepanjang bekerja di tempat-tempat berbeza, aku selalu dengar rungutan yang sama berulang kali especially bila tiba musim gaji.

Antara rungutan dan keluhan yang biasa aku dengar - duit gaji tak cukup, duit gaji dah habis walaupun baru awal bulan dan seangkatan dengannya. Sikit-sikit masih boleh tahan. Bila dah kerap sangat merungut dan mengeluh pasal benda yang sama, aku rasa perkara tu annoying sebenarnya. Manusia memang takkan pernah puas. Tapi agak-agaklah sikit nak complaint macam-macam pasal duit gaji tu.

Daripada terus menerus tak puas hati, apa salahnya kalau kau orang bertenang dan muhasabah diri. Agak-agak kenapa duit gaji tak pernah cukup? Cermin balik diri sendiri. Tiap hari kau masuk kerja on time tak? Kalau makan atau minum dalam waktu bekerja tu berapa lama masa yang kau ambil? Sejam? Dua jam? Setengah hari? Bila gaji dah masuk, pernah tak kau sedekah kat orang-orang yang memerlukan? Kebajikan mak ayah ada kau kisah tak bila sekepuk gaji ada kat tangan?

Tak perlu rujuk mana-mana ustaz atau ustazah pun sebenarnya. It's all common sense. Kalau kerja makan gaji, means kau bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerja kau kat tempat kerja. Majikan bayar gaji tiap-tiap bulan. Kau kena buat kerja. Apa majikan minta kau buat, kau kena buat. Kerja sungguh-sungguh walaupun kadang-kadang kau rasa apa yang dibuat tu tak sesuai dengan bayaran yang kau dapat.

Again, aku bukan pekerja cemerlang yang hebat dan bagus sangat untuk bagi point-of-view pasal masalah cenggini. Just nak share apa yang relevan tentang situasi 'tak cukup duit' ni je since selalu sangat dengar orang merungut, tak kira tua muda, kaya, sederhana dan miskin.

Aku pernah lalui perkara sama. Tipulah kalau aku tak pernah merungut. Tapi bila terjadi kat diri sendiri terpaksalah terima sebab aku sedar ada masanya aku buat kerja main-main. Tengok internet waktu bekerja. It's wrong, man. Bila buat perkara salah, kenalah berlapang dada terima balasan Tuhan. Gaji masuk lambat ke, tak ada bonus ke, etc. Don't simply menyalak sana sini.

Berkat tu datang seiring dengan tindakan kita. Jom muhasabah diri!

Thursday, 7 September 2017

orang hebat

Personally, orang-orang yang hebat bagi aku bukannya mereka yang bergaji besar, rumah gah, berpengaruh atau berjawatan tinggi. Mereka yang hebat pada pandangan mata aku memiliki common sense yang tinggi, ada kemahiran hidup yang luas iaitu sejenis boleh hidup selesa walau di mana-mana saja dia dicampakkan. Tak takut, tak merungut. Berani.

Mereka yang kerap claim diri sebagai 'hebat' adalah individu yang insecure. Dia risau orang lain tak perasan kehebatan dia. Dia takut orang lain nampak lebih hebat dari diri dia. Itu penyakit, bukan hebat. Malah, lagi banyak dan kerap insecurity itu berlaku, makin mudah dan ramai yang membenci. Bila mention 'membenci', for sure ada yang samakan sebagai 'cemburu'. No, it's not. Rajin-rajin membaca dan rujuk kamus Bahasa Melayu. Tolong.

Orang sekeliling membenci bukan simply mereka tak suka. Tapi penyakit insecure itu terang-terangan memang annoying. Tak perlu contoh yang pelik-pelik. Cukup sekadar meletakkan diri sendiri di tempat orang lain dan imagine if kita berdepan dengan individu-individu seperti itu. Suka? Marah? Seronok? Begitulah caranya nak tahu dan improve diri.

Aku belum cukup hebat sebab aku masih tak berjaya tahan kemarahan tiap kali anak aku yang berumur 2 tahun buat perangai tantrumnya. Perjalanan masih panjang. Aku masih tercari-cari solution dan ilmu-ilmu keibubapaan untuk terus belajar.

Done membebel.        

Wednesday, 12 July 2017

perang breast milk & formula milk

Ibu-ibu yang dah beranak pinak memang excited kalau bercerita pasal anak-anak from A to Z. Aku pun sama. Orang lain aku tak pasti, tapi setiap kali aku cerita pasal parenthood experience kat kawan-kawan atau relatives, tujuan aku hanya satu - nak share pros and cons terhadap apa yang aku lalui dalam membesarkan anak. Sikit pun tak terlintas nak berlawan-lawan dengan sesiapa, jauh sekali nak banding-bandingkan produk apa yang anak aku dan anak orang lain guna.

Breast Milk vs. Formula Milk.

Topik ni selalu jadi perdebatan di kalangan ibu muda zaman sekarang dan seperti orang lain, aku pun ada pandangan tersendiri tentang perkara ni. Personally, aku sangat-sangat menyokong penyusuan susu ibu. Tapi tak bermakna aku membenci mereka yang bagi anak-anak minum susu formula. Aku ada seorang anak. So, melalui anak pertama inilah aku explore dan belajar banyak perkara berkaitan parenthood termasuk penyusuan.

Back to milk issue, aku memang dah set kat minda nak breastfeed anak sampai umur 2 tahun - mengikut Islam. Tapi aku tak letakkan specific age untuk anak aku menyusu badan sebab aku masih baru dalam dunia keibubapaan dan tak sure condition badan aku macam mana. Kalau berjaya sampai umur 2 tahun, alhamdulillah. Kalau tak, it's okay. Pendek kata, aku ni sejenis emak yang fleksibel. Hari pertama anak aku lahir hingga sebulan lebih macam tu aku memang fully breastfeed dia. Aku tak ada ilmu penyusuan yang bagus. Waktu awal-awal ada anak, aku cuma tahu nak bagi dia kenyang. Banyak atau sikit kuantiti susu badan pun aku tak tahu nak pastikan. Apa yang aku tahu, anak aku mesti akan terberak lepas sejam dua menyusu. So, secara logik aku anggap susu aku 'ada' dan 'cukup' untuk dia. Unfortunately, keterujaan nak bagi anak menyusu badan secara eksklusif tu tak lama sebab menjelang 2 bulan, aku dah mula notice anak aku jenis kuat menyusu dari biasa dan selalu tak puas. Sepatutnya semakin kerap menyusu, susu akan bertambah banyak. Tapi anak aku ni lain sikit. Terlalu kerap menyusu sampai kilang susu nak keluarkan production baru pun tak sempat.

So, bermulalah journey formula milk dalam hidup anak aku. Wait. Walaupun aku bagi susu formula, tapi aku tak wean-off breastfeeding. Jangan silap. Aku alternate dengan formula milk bukan sebab tak ada atau tak cukup susu, tapi disebabkan pelbagai faktor. Antaranya sebab tak cukup rehat masa dalam pantang. Badan jadi letih lesu lepas tu tak larat nak pump susu ikut jadual yang sepatutnya. Maka, pengeluaran susu badan aku sangat terhad sedangkan permintaan daripada anak aku terlalu tinggi. Macam kilang I could say. Production dah habis licin, permintaan tak henti-henti. Dalam proses nak tambah production, terpaksa jual apa yang ada dulu untuk puaskan hati customer. Macam tulah aku ibaratkan situasi aku dalam menyusukan anak. Ditambah pula dengan stress menjalani rutin harian, aku tewas. Untuk menampung keperluan, aku dan suami terpaksa bagi anak minum formula milk dalam usia yang tersangat muda which is kurang 2 bulan if not mistaken.

Bagi parents yang gila-gila dan bermati-matian tak nak bagi anak formula milk walaupun setitis, aku salute sangat-sangat. Cuma ada masa-masa tertentu 'kegilaan' kau orang ni berlebih-lebihan dan melampau-lampau hingga menyebabkan orang lain annoyed. Cara kau orang memperjuangkan exclusive breastfeeding tu sangat berkobar-kobar sampai tak sedar tindakan dan apa saja statement yang keluar dari mulut kau orang tu seolah-olah menunjukkan ibu-ibu lain yang tak fully breastfeeding or half breastfeeding ni macam pendosa abadi pulak.

Breastfeeding memang menjimatkan. Breastfeeding bagus untuk antibodi anak. Aku setuju dengan segala statement positif tu.Tapi, ramai sangat yang taksub sampai tiap-tiap hari nak upload gambar susu tetek kat social media. Mungkin nawaitu kau orang bagus which is nak naikkan semangat ibu-ibu lain kat luar sana untuk lebih rajin pump susu and what-so-ever but for me, bukan semua perempuan yang ada anak, breastfeeding. Ada yang tak mampu sebab penyakit atau lain-lain masalah. Kalau mereka tak ada masalah kesihatan sekalipun dan memilih untuk tidak breastfeeding, itu terpulang pada diri individu berkenaan. Pejuang penyusu (breast milk) tegar janganlah bertukar jadi hulk atau marah-marah orang yang tak breastfeed anak mereka sambil menuduh mereka selfish dan sebagainya kerana satu masa nanti kau juga akan melalui proses bagi anak minum formula milk sebab bukan selamanya anak-anak membesar dengan susu badan. Andai kata anak kau orang tak nak or tak boleh terima susu badan waktu umur  5 bulan misalnya, dah tentu kau akan cari alternatif lain dengan memberi susu formula supaya anak kau tak kebuluran.

Kesimpulannya, bersangka baik saja. Nak galakkan ibu-ibu kat luar sana tu boleh, cuma jangan sampai mengguris perasaan mereka. Tak perlu berdebat, tak perlu show-off apa-apa pun pasal breastfeeding ke, formula milk feeding ke kerana pilihan dibuat ikut condition and flow anak kita macam mana. Kalau bagi susu lembu sekalipun lepas tu tak serasi, terpaksa bertukar ke soy based milk jugak. Eh, macam-macamlah! Whatever it is, selamat berlapang dada ye..

Monday, 29 May 2017

skincare 2.0

Actually, this is not a product review. Same goes to this entry. Just want to share the initiative I take when skin problem occurs to me.

Well, berbalik kepada masalah jerawat mengundang yang tak diundang sebaik saja tamat confinement period. Again, I'm using Safi Sari Gamat product back to get rid those acne on face. Overall, jerawat bukanlah hilang atau muka jadi bersih sepenuhnya bila guna this product. Tapi dapat mengurangkan minyak kat muka, sekaligus membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat baru yang lebih subur. Jerawat still tumbuh once in while especially when it comes to period and PMS cuma tidaklah terlalu banyak sampai menyakitkan hati bila tengok muka kat cermin. Haha!

For info, aku dapat detect kulit muka aku jenis yang macam mana lepas berbulan-bulan stick to one product. Safi Sari Gamat ni antara yang agak lama juga aku guna. Lepas tu baru aku sedar kulit aku ni kering ke, berminyak ke, sensitive or combination. So far aku perasan kulit aku jenis combination. Ada masa dia kering sampai menggelupas kulit, ada masa dia lembab berminyak kalau berpeluh-peluh. Sometimes aku sendiri pun confused either nak guna skincare for oily skin or dry skin. Kebanyakan masa aku decide nak guna what product on what time bila dah baca quite a lot of product review by blogger in Asia which is in Malaysia, specifically. For me, susah nak tahu kesan sesuatu produk tu even though ramai blogger share their experience sebab I don't even know how long they're using those product, career environment dia orang macam mana, disiplin or konsisten ke tak blogger-blogger tu guna skincare depa, bla bla bla... Am I right? 

Maka, aku eksperimen macam-macam skincare product kat kulit muka sendiri untuk lebih kepastian. Since kulit muka aku sekejap kering dan sekejap berminyak, aku sangat eager dengan ingredients yang terkandung dalam pencuci muka, scrub, toner, day and night cream yang aku pakai everyday. Kalau boleh most of the products biarlah yang menggunakan natural remedies such as aloe vera for example. Currently aku guna skincare jenama Good Virtue Co. from Malaysia and ambil vitamin C as supplement. Nak kata baru tak juga. Adalah dalam few months or years produk ni kat pasaran if not mistaken, perhaps? Salah satu sebab aku nak try GVC is because dia guna black seed (habatussauda) as main ingredient. Best ke tidok guna GVC ni? Macam mana kesan dia kat kulit combination macam aku? Till the next next next review ;)          

Wednesday, 24 May 2017

love hate occupation

Aku mula jejakkan kaki ke alam pekerjaan seawal tahun 2009. Mula-mula aku jadi budak intern je, disuruh-suruh dan diarah-diarah. Tak kisah sangat atau ambil hati langsung pun sebab aku memang nak belajar dan timba pengalaman kononnya. Tamat tempoh internship dalam 3 bulan macam tu, aku diserap jadi staff. Kerja apa? Broadcast Journalist a.k.a Wartawan Penyiaran untuk online tv.

Tahun 2011 aku dapat better offer kat company lain where is online tv juga. Jawatan sama, gaji up sikitlah. Seronok. Tak lama lepas tu naik pangkat pulak as Producer. Gaji pun naik lagi. Maka seronoklah lagi. Kerja bidang media ni banyak kena pi outstation. Keluar sana sini, jumpa lain-lain orang dari pelbagai lifestyle and background. Aku serasi sungguh dengan kerjaya aku sampailah penghujung tahun 2015 aku resign dan jadi suri rumah. Bukan sebab dah tak minat cuma waktu tu aku berada dalam situasi di mana aku perlu memilih antara family dan career. Memandangkan aku baru beranak, aku pilih untuk berhenti kerja buat sementara waktu. Suami tak kisah, aku on je. 

Bulan demi bulan, anak aku pun makin rapat dengan aku sebab maknya tak bekerja. Tiap masa ada depan mata. Bonding kami anak beranak bertambah kuat tiap hari. Aku perasan aku sendiri pun makin selesa jaga anak full time. Rasa puas dan berbaloi tengok anak membesar depan mata. Tapi zaman sekarang ni mana boleh tak bekerja, kan? Cost of living tinggi sangat tak masuk akal. Kesian dengan suami cari duit sorang, aku decide nak kerja balik. Tapi aku tak kerja bidang media lagi sebab aku rasa tak sesuai untuk perempuan berkahwin yang ada anak lebih banyak habiskan masa kat tempat kerja atau tempat assignment berbanding dengan family kat rumah. 2-3 kali juga aku bertukar kerja (kebanyakannya bahagian administrative). Antaranya sebab working hour, anak aku jenis mengempeng waktu baby, gaji tak bersesuaian dengan masa yang aku habiskan atas jalanraya pagi petang dan macam-macam lagilah. Dalam tempoh setahun, kerja dan berhenti kerja and then dapat kerja balik kat tempat lain dah jadi rutin aku. Interview jangan cakaplah. Berbelas-belas juga aku attend sebab aku memang nak bekerja dan kalau boleh kerja tu biarlah ada work-life balance. 

Alhamdulillah, Tuhan makbulkan permintaan aku. Sekarang aku jadi admin je kat satu company bumiputera tapi kepala otak aku tak runsing. Kebanyakan masa aku dapat balik on time (pergi kerja terang, balik kerja masih terang), work-load tak banyak sangat, tak perlu OT, hari Jumaat boleh balik setengah jam awal daripada waktu balik biasa, staff semuanya friendly and macam family. Tak perlulah nak dibandingkan gaji yang aku terima each month dengan keselesaan yang aku dapat rasa tiap-tiap hari ni. Gaji tinggi pun nak buat apa kalau mental dan fizikal terbunuh sikit demi sikit selama bertahun-tahun? 

Aku tahu ramai terkejut dengan keputusan aku. Tapi aku selesa dengan jalan hidup yang dah diaturkan Tuhan. Aku rasa ada baiknya orang-orang yang underestimate tindakan orang lain ni risaukan diri sendiri sebab hampir setiap hari suami dan anak-anak kau orang makan air tangan mamak atau bibik Indon. 

review: imaan suci facial wipes

Aku suka make-up tapi malas nak remove make-up. Jadi, aku sentiasa research dan tercari-cari produk pembersih make-up yang memudahkan kehidupan harian from time-to-time. Selalunya aku remove make-up guna make-up remover jenis liquid. Psychologically, rasa bersih dan puas. Tak lama lepas tu ada make-up remover jenis wet tissue pulak bersepah-sepah kat pasaran. Aku cuba juga sebab nak jimatkan masa. Lagipun, working environment (di waktu itu) memerlukan aku kerap outstation and do outdoor shooting. Maklumlah, budak media kan.. For sure kulit muka cepat berpeluh dan berminyak. Not bad juga bersihkan make-up guna wet tissue atau facial wipes sebab tak lain tak bukan disebabkan saiznya yang kecil, ringan dan senang dibawa ke sana sini. Sumbat je dalam handbag and then you're ready to go!

Baru-baru ni officemate tempat kerja baru introduce Imaan Suci Facial Wipes kat aku. Aku beli trial pack tanpa banyak soal sebab dia ejen produk ni selain nak support bisnes kengkawan. Haha! Bukanlah nak bodek atau apa, tapi kesan penggunaan wet tissue ni aku dapat rasa seawal kali pertama penggunaan. Baru cuba sehelai dah dapat rasa perbezaan jika dibandingkan dengan previous brand yang aku pernah cuba. Orang lain aku tak pasti, tapi lepas cuba sendiri facial wipes ni, kulit muka rasa bersih sangat. Tak perlu guna pencuci muka dah lepas tu especially time nak solat kat office. Selain tu, ada efek sejuk dan lembab lepas pakai tapi bukan berminyak which is secara tak langsung buat muka rasa segar. REFRESHING. Yes. That's the word. Kulit muka pun tak rasa panas atau pedih macam certain wet tissue. Mungkin sebab tak ada kandungan alkohol, ingredients dia blend well kat kulit muka dan tak menampakkan sebarang kesan negatif. Walaubagaimanapun, bagus kat kulit aku belum tentu sesuai kat kulit orang lain. Nak tahu elok atau tak kat kulit masing-masing, kenalah cuba dulu. Kalau serasi, teruskan. Kalau tak serasi, sedekah kat aku. Hehe..  

Packaging dia macam ni. Cute, isn't it?


Anyway, selain facial wipes, mereka juga ada family wipes untuk kegunaan seisi keluarga termasuk bayi as well as feminine wipes untuk golongan perempuan macam aku dan kau. Dua produk ni aku review kemudian sebab aku sendiri pun belum try lagi. Till then.

Monday, 22 May 2017

skincare 1.0

Perempuan dan skincare tak dapat dipisahkan. Even though malas macam mana sekalipun atau tak ada disiplin untuk bersihkan muka ikut step yang betul setiap hari, tak sah kalau tak bazirkan duit beli skincare kalau jejakkan kaki ke Watsons atau Guardian misalnya.

Cakap pasal skincare, aku salah seorang daripada beribu perempuan kat luar sana yang tak konsisten dalam bab penjagaan muka. Mungkin kulit muka aku jenis tak bermasalah sangat, sebab tu aku jadi malas. Bila muka naik jerawat dan kusam, barulah kelam kabut nak follow skincare regimen secara konsisten.

Zaman sekolah menengah dulu adalah zaman di mana aku berdepan masalah jerawat yang superb teruk. Like, SUPERB TERUK. That's normal untuk remaja perempuan yang dah matang, I guess. Hormone issue. So macam biasalah, bought and tried various range of skincare to eliminate acne tapi tak berkesan. Duit pun habis banyak. My acne problem gone after quite some time guna produk Safi Sari Gamat (Google for more info). Once muka dah takda acne, kulit jadi kering menggelupas bila proceed guna set ni.

So, apa jadi lepas tu? I decided to change another skincare range (again) called Hada Labo. Aku tertarik dan terpedaya dengan salah satu produk dia yang ala-ala 'miracle water' from produk mahal SK-II tu. Believe me, it works well untuk lembabkan kulit. Lama juga aku guna Hada Labo ni. Repeat sampai 2-3 kali bila dah habis sampailah ke fasa pregnancy. Lepas tu macam biasalah, aku tukar-tukar skincare lagi sepanjang tempoh mengandung tu. Mungkin sebab tak tahan tengok packaging, iklan atau review beauty blogger kat Malaysia ni. Pembawakan pun ye juga aku rasa. Mujur kulit muka elok je tak bermasalah sangat time tu. So, pakai apa pun takda sebarang kesan tak elok kat kulit. Antara produk yang aku cuba waktu tu temasuklah set pemutihan Safi, SK-II and Safi Rania. Mostly aku guna jenama Safi sebab ingredients dia mild, tak harsh sangat kat kulit. Waktu tu aku tak dapat nak kritik or komen pasal keberkesanan semua produk yang dicuba sebab aku guna untuk short-term je.

Bila dah beranak, masalah jerawat aku datang lagi right after confinement sebab aku dah mula tak jaga food intake. Ditambah pula stress dengan dunia baru sebagai new parents. Skincare apa pulak yang aku guna untuk selesaikan hal ni? To be continued...

Sunday, 21 May 2017

sekilas

Aku mendirikan rumahtangga waktu berumur 27 tahun. Melahirkan anak pertama pada usia 28 tahun dan di usia 29 tahun hingga kini (awal 30-an), aku masih dalam proses adaptation terhadap perubahan yang berlaku dalam kehidupan di mana aku rasakan seolah-olah sangat lama tapi drastik. Bayangkan, dalam tempoh kurang 5 tahun, bermacam fasa sudah dilalui. 5 tahun tu ibarat 15 tahun untuk aku yang mempunyai seorang anak perempuan (21 bulan) yang sangat-sangat aktif as well as full of energy!

Ada yang cakap budak perempuan kalau lasak atau tak duduk diam ni sejenis yang bijak sebab akal dia sentiasa berjalan. Ada juga yang cakap budak yang dilahirkan secara c-section ni pandai sebab kepala dia tak terusik atau tertekan (terganggu) waktu proses kelahiran tu. Aku redha je dengan rezeki Allah. Kalau statement tu betul, aku anggap itu satu bonus untuk seorang mak macam aku. Apa yang pasti, tanggungjawab setiap perempuan yang bergelar ibu terhadap anaknya takkan pernah habis. Ya. Sampai bila-bila.

Friday, 10 February 2017

new year

Happy 2017. Sedikit terlambat tapi belum terlewat sangat. Semoga yang baik-baik saja menanti di depan sana.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, azam aku cuma satu - nak cepat habiskan hutang. Almost few years aku tahan keinginan untuk pelbagai perkara dan tindakan itu membolehkan aku kurangkan hutang ke tahap yang sangat minima. Pendek kata, muda-muda lagi dah lapang dada sikit bab kewangan ni walaupun gaji bulanan taklah banyak mana. 

Tipulah kalau aku tak teringin ke sana sini dan berbelanja mewah macam orang lain. Nama pun manusia biasa. Nafsu tu tak pernah lekang. Tapi aku paksa diri untuk fikir positif dan rasa bersyukur tiap kali aku buat perbandingan hidup dengan orang lain yang jauh lebih susah dari diri sendiri. Tak salah bersangka baik, kan?